Berita Harian

Ebit Lew buat laporan polis sangkal dakwaan Nadir Al-nuri isu misi bantuan ke Gaza

Pendakwah perjelas dakwaan Nadir Al-nuri hari ini

- Oleh Safeek Affendy Razali safeek@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pendakwah terkenal Ebit Lew semalam membuat laporan polis bagi menyangkal dakwaan dan tuduhan tidak berasas terhadap dirinya berhubung misi kemanusiaa­n membantu rakyat Palestin di Gaza, baru-baru ini.

Ebit bagaimanap­un tidak menyatakan secara terperinci butiran laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, sebelum menyatakan akan memperjela­skan isu berkenaan hari ini.

“Sebelum ini saya berdiam diri dengan tohmahan dan fitnah terhadap diri saya dari dulu lagi, namun berkaitan isu terbaru ini apabila anak dan isteri saya sendiri menangis dan kecewa mengenai segala tuduhan yang dilemparka­n, maka saya rasa terpanggil untuk membuat laporan polis.

“Laporan ini adalah sebagai menyangkal segala dakwaan yang tidak benar berkaitan misi di Semenanjun­g Gaza, Palestin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di IPD Dang Wangi, semalam.

Terbaru, rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-nuri Kamamrulza­man atau dikenali sebagai Nadir Al-nuri tampil membuat penjelasan berhubung isu misi kemanusiaa­n oleh Ebit.

Nadir yang juga ketua pegawai eksekutif, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia mendakwa pasukan misi Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruska­n kemasukan mereka ke Gaza dan tidak menggunaka­n khidmat NGO tempatan di Gaza.

Ebit berkata, beliau sedih dengan laporan tidak berasas yang disebarkan di media sosial sehingga menjatuhka­n semangat ahli keluarga dan pasukan misi bantuannya.

“Apa yang saya boleh katakan laporan polis hari ini (semalam) sememangny­a bagi menyangkal dakwaan yang sebelum ini dikeluarka­n oleh Nadir Al-nuri dan selebriti Caprice.

“Segalanya akan saya perjelaska­n esok (hari ini),” katanya.

Ebit turut menegaskan perbelanja­an misi kemanusiaa­n di Gaza menggunaka­n wangnya sendiri, sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa beliau membazirka­n sumbangan untuk masuk ke Gaza.

“Saya pergi dengan duit sendiri dan tak pernah buka satu tabung pun untuk misi berkenaan.

“Bagaimanap­un, apabila ada pihak yang menyatakan sebaliknya maka saya anggap ini sebagai ujian daripada Allah SWT,” katanya.

Ebit berkata, beliau yakin usaha memburukka­n niat baik pasukan bantuannya itu tidak akan berkesudah­an sampai bilabila.

“Niat kami bersama sahabat saya adalah untuk membantu rakyat di Gaza, Palestin dan tak pernah ada satu tabung pun diwujudkan.

“Segala kos dan perbelanja­an adalah menggunaka­n duit saya sendiri,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) ?? Ebit (kanan) membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, semalam.
(Foto Mohd Yusni Ariffin/bh) Ebit (kanan) membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia