Berita Harian

Empat anggota polis, termasuk Ketua Balai ditahan dalam parti liar di balai polis di Kajang

- Oleh Safeek Affendy Razali

Serbuan JIPS Bukit Aman turut babit 3 anggota, empat wanita serta rampas minuman keras safeek@bh.com.my

Kuala Lumpur: Seorang ketua balai polis (OCS) bersama tiga anggota serta empat wanita orang awam ditahan Bukit Aman ketika mereka berhibur dalam bilik khas sebuah balai polis dalam daerah Kajang, petang kelmarin.

Serbuan dijalankan Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman pada jam 6 petang, sebaik menerima maklumat orang awam.

Ketika serbuan terhadap balai berkenaan, sebahagian daripada mereka dipercayai sedang menari sambil berhibur dengan minuman keras serta air ketum dalam sebuah bilik di tingkat dua balai berkenaan.

Anggota polis dan wanita yang ditahan sedang menari dan berkaraoke di dalam bilik gelap yang dipasang lampu berputar bagaikan dalam disko.

Hasil pemeriksaa­n, JIPS menahan OCS berpangkat Sub Inspektor berusia 55 tahun, dua Koperal dan seorang Koperal Sokongan serta empat wanita orang awam berusia antara 21 hingga 37 tahun.

Polis juga turut merampas botol minuman keras, pembesar suara, lampu disko, peralatan sistem pembesar audio, perakam, mikrofon dan satu unit TV. Turut dirampas lima botol mengandung­i air ketum serta gambar lucah salah seorang anggota yang ditahan bersama seorang wanita. Saringan kencing mendapati OCS berkenaan turut positif ganja.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk

Azri Ahmad mengesahka­n kejadian terbabit, sambil berkata tangkapan dijalankan atas maklumat salah laku yang jelas.

“Tindakan pegawai, anggota dan orang awam terbabit yang berhibur di sebuah bilik di balai berkenaan dengan berkaraoke adalah menyalahi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

“Tangkapan dijalankan oleh pegawai dan anggota JIPS Bukit Aman selepas mendapati tindakan itu jelas melanggar SOP. Kita tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak jika mereka didapati melanggar peraturan atau SOP yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, ketika ini siasatan lanjut sedang dijalankan, termasuk mengambil tindakan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin boleh menyebabka­n jangkitan apa-apa penyakit berjangkit yang boleh membahayak­an nyawa.

Tangkapan dijalankan oleh pegawai dan anggota JIPS Bukit Aman selepas mendapati tindakan itu jelas melanggar SOP. Kita tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak jika mereka didapati melanggar peraturan atau SOP ditetapkan Azri Ahmad,

Pengarah JIPS Bukit Aman

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia