Berita Harian

14 juta dos Sinovac sedia dijual kepada swasta, negeri

Pharmaniag­a tawar hantar vaksin bulan ini hingga September

- Oleh Rohaniza Idris roha@bh.com.my

Shah Alam: Sebanyak 14 juta dos vaksin Sinovac akan dijual Pharmaniag­a Bhd kepada syarikat swasta dan negeri yang berminat mulai bulan ini sehingga September.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penjualan vaksin secara terus kepada pihak yang berminat itu mendapat kebenaran Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Beliau berkata, dengan adanya tempahan khusus untuk kerajaan negeri dan swasta termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok lebih awal.

“Tempahan dibuka sekarang, namun kelulusan kerajaan negeri dan swasta dapatkan bekalan itu masih tertakluk kepada kelulusan JKJAV,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksika­n Majlis Penyerahan Kelompok Terakhir Bekalan Vaksin Sinovac oleh Pharmaniag­a kepada Kementeria­n Kesihatan (KKM), di sini, semalam.

Terdahulu Ismail Sabri menyaksika­n penyerahan kelompok dos terakhir vaksin Sinovac kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba selaku wakil kerajaan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniag­a, Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Ismail Sabri berkata, ada negeri, beberapa GLC, syarikat dan hospital swasta membuat tempahan awal sebelum tempahan dibuka dan harga akan ditentukan kemudian.

“Semua 14 juta vaksin Sinovac untuk kerajaan negeri dan swasta bagi pembelian terus ini adalah melalui pengisian dan pembotolan di Malaysia,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, Pharmaniag­a Bhd sudah membekalka­n 14.4 juta vaksin Sinovac kepada KKM dengan 12.4 juta sudah diterima dan dua juta lagi diluluskan pada 19 Julai lalu.

Katanya, dengan ada tambahan dua juta vaksin itu bermakna 22.5 peratus penduduk diberikan vaksin Sinovac.

“Pada masa ini 20 peratus penduduk sudah menerima vaksin berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya tambahan dua juta vaksin itu sudah ada dalam simpanan Pharmaniag­a dan bila-bila masa akan diserahkan kepada KKM.

Beliau menegaskan vaksin Sinovac dijamin halal dan meminta orang ramai tidak mempercaya­i pelbagai dakwaan mengenai status halal vaksin itu.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ismail Sabri (dua dari kiri) pada simbolik penyerahan vaksin Sinovac kepada Dr Adham pada Majlis Penyerahan Kelompok Terakhir Bekalan Vaksin Sinovac oleh Pharmaniag­a di Shah Alam, semalam.
(Foto BERNAMA) Ismail Sabri (dua dari kiri) pada simbolik penyerahan vaksin Sinovac kepada Dr Adham pada Majlis Penyerahan Kelompok Terakhir Bekalan Vaksin Sinovac oleh Pharmaniag­a di Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia