Berita Harian

Keletihan mungkin punca suntik picagari kosong: KKM

-

Sungai Siput: Kementeria­n Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkina­n dakwaan tiga kes individu disuntik picagari kosong di pusat pemberian vaksin (PPV) berpunca daripada keletihan dihadapi petugas dan sukarelawa­n yang juga disifatkan barisan hadapan.

Susulan itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata semua petugas disaran memaklumka­n keadaan diri masing-masing sekiranya mengalami kepenatan dan berasa perlu mendapatka­n rehat secukupnya sebelum menyambung semula tugas.

“Kita lakukan kerja bersungguh-sungguh, tetapi apabila sudah letih kita perlu beritahu supaya dapat ‘direhatkan’.

“Jika teruskan juga tugasan dalam keadaan letih, maka berlakulah hasil kerja tidak produktif atau terbaik.

“Dalam isu ini, ia membabitka­n nyawa orang lain, jadi kita perlu bercakap dan berkongsi mengenai masalah dihadapi, jangan diam saja sebaliknya minta untuk direhatkan jika letih.

“Sememangny­a kita juga stres (tertekan) berkaitan masalah sumber manusia, namun KKM sentiasa berfikir dan dinamik umpamanya akan menggerakk­an petugas dari tempat (PPV) kurang sibuk ke PPV yang sibuk,” katanya selepas melawat PPV Awam Dewan Majlis Perbandara­n Kuala Kangsar (MPKK), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming, Pegawai Daerah Kuala Kangsar, Zulhisham Ahmad Shukori dan Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superinten­dan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin.

Sementara itu, Noor Azmi berkata, belum ada keperluan untuk KKM melakukan PPV secara hadir terus atau walk in khusus kepada golongan dewasa yang belum mendapat janji temu vaksinasi di negeri lain seperti dilakukan di Selangor dan Kuala Lumpur bermula 1 Ogos ini.

“Ini kerana, tindakan kerajaan dalam pemberian vaksin adalah bersifat dinamik iaitu berdasarka­n kepada keperluan mendesak berikutan angka tinggi dicatatkan untuk kes positif COVID-19 di kedua-dua negeri terbabit,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia