Berita Harian

Syor KKM tetapkan tatacara suntikan vaksin

- Oleh Suzalina Halid

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan (KKM) disyorkan mengeluark­an tatacara suntikan vaksinasi bagi meredakan kerisauan masyarakat yang ragu-ragu sama ada mereka menerima suntikan tulen atau tergolong dalam kategori ‘picagari kosong’.

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata apa sahaja mungkin berlaku berikutan ada orang mengalami kesan sampingan seperti demam, kelesuan serta gejala lain, namun sebahagian pula adalah sebaliknya.

“Justeru, bagi meredakan kerunsinga­n orang ramai sama ada mereka sudah menerima suntikan lengkap atau tidak, KKM perlu memberi penjelasan dan butiran terperinci bagaimana vaksin disuntik ke dalam badan.

“Jadi dengan penjelasan atau butiran itu, individu terbabit akan yakin mereka menerima dos suntikan diperlukan dan suntikan diberikan adalah tulen.

“Garis panduan itu, sekali gus menjadi rujukan kepada orang ramai sebelum mereka mendapatka­n suntikan semula seperti dimaklumka­n Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, Dr Adham memaklumka­n KKM akan memanggil individu terbukti menerima suntikan ‘picagari kosong’ untuk menerima suntikan semula.

Ia susulan beberapa insiden dilaporkan yang mendakwa ada individu diberikan picagari kosong membabitka­n kes di Sungai Petani, Kedah dan satu kes masing-masing di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Malaysia Internatio­nal Trade and Exhibition Centre (MITEC) serta Bangi Avenue Convention Centre (BACC).

Media sebelum ini juga melaporkan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) memandang berat dakwaan berkenaan, termasuk bekerjasam­a dengan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjalanka­n siasatan terhadap dakwaan ‘picagari kosong’.

Lam Thye berkata, kecuaian dalam pemberian vaksin itu adalah perkara serius, susulan sebelum ini terdapat laporan ada individu ditahan kerana memiliki dan menjual dos vaksin kepada orang ramai.

“Walaupun Dr Adham sudah memaklumka­n mereka boleh mendapatka­n suntikan semula, persoalan (sekarang ialah) berapa ramai sebenarnya mereka yang tidak mendapat suntikan tulen,” katanya.

Saranan penganalis­is ekonomi untuk kurangkan risiko lebih ramai rakyat terkesan

Kuala Lumpur: Keadaan ekonomi semasa patut dijadikan satu indikator utama dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Penganalis­is Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, berkata PPN seharusnya mengambil kira keadaan ekonomi yang semakin tenat ketika ini, dengan ramai rakyat kehilangan kerja dan banyak syarikat terpaksa gulung tikar.

Beliau berkata, indikator PPN haruslah seimbang di antara kesihatan awam dan keadaan ekonomi, bagi mengurangk­an risiko lebih ramai rakyat terkesan dalam aspek kelangsung­an mata

Penganalis­is Ekonomi UPM

Kuala Lumpur: Persekutua­n Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) berharap kerajaan akan membenarka­n syarikat pembuatan dalam semua sektor bukan perlu menyambung semula operasi dengan kapasiti tenaga kerja 50 peratus, tanpa mengambil kira sama ada mereka berada dalam Fasa Satu atau Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Presidenny­a, Tan Sri Soh Thian Lai, berkata pengeluar dalam sektor bukan perlu, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta mikro (PKSM) kini berada dalam keadaan tenat dan terjejas teruk oleh penggantun­gan pencarian.

“PPN tidak boleh bersifat berat sebelah dengan hanya memberi penekanan pada aspek kesihatan, ketika kesan ekonomi semakin meruncing.

“Dalam keadaan sekarang, aspek ekonomi dan kesihatan sama berat dan seimbang, tidak boleh bergantung pada indikator jangkitan harian, vaksin dan penggunaan katil sahaja.

“Sepatutnya, perlu dimasukkan juga indikator ekonomi, contohnya tahap kadar kehilangan pekerjaan harian dan berapa kadar perniagaan yang gulung tikar,” katanya ketika dihubungi BH.

Negara menguatkua­sakan sekatan pergerakan penuh atau total lockdown sejak 1 Jun lalu sebelum kerajaan membentang­kan PPN sebagai strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik COVID-19, dua minggu selepas itu.

Terdapat tiga indikator dalam PPN, iaitu keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarka­n bilangan kes jangkitan harian dan keupayaan sistem kesihatan awam berdasarka­n kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU).

Selain itu, tahap populasi yang perniagaan berpanjang­an.

Beliau berkata, berdasarka­n kaji selidik terkini FMM, jualan sektor bukan perlu terjejas teruk dan perniagaan menghadapi kekangan aliran tunai yang serius berikutan pesanan tertangguh dan yang akan datang terganggu dengan ketidakten­tuan mengenai bila operasi akan dibenar disambung semula.

“Sementara itu, pembekal dilindungi, berdasarka­n peratusan yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Mohd Yusof berkata, tiga indikator PPN itu dilihat tidak bersifat elastik kerana peningkata­n kes COVID-19 tetap berlaku, sedangkan ekonomi semakin tenat, malah aspek sosial turut terjejas kerana semakin ramai yang hilang punca pendapatan.

Katanya, dengan lebih 90 peratus kes COVID-19 berada dalam kategori satu dan dua, maka indikator itu harus dilihat semula kerana hakikatnya ia tidak begitu merisaukan.

“Indikator kes harian harus melihat dan memfokus kepada kes COVID-19 pada kategori empat dan lima berbanding keseluruha­n kes kerana majoriti ramai yang berada pada kategori satu dan dua,” katanya.

Beliau berkata, amat penting untuk kerajaan menitikber­atkan aspek ekonomi, termasuk terus membuka operasi kilang yang kebanyakan­nya menggajika­n golongan B40.

“Kesan ekonomi ini dilihat dalam jangka masa panjang. Jika seseorang itu diberhenti­kan kerja akibat COVID-19, untuk dia mendapatka­n kerja yang sama dengan gaji sama, mengambil menjangka akan dibayar tepat pada waktunya, gaji pekerja perlu dibayar sepenuhnya, walaupun tiada kerja sebenar dilakukan, utiliti dan sewa perlu dibayar, kos logistik meningkat berikutan pembatalan/penangguha­n penghantar­an dan/atau kargo yang berada di pelabuhan serta terdapat penalti dikenakan terhadap kelewatan penghantar­an.

“Ini menyebabka­n kebanyakan masa lama,” katanya.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata indikator PPN tidak hanya perlu bersandark­an pada kes harian, sebaliknya perlu ditambah baik dengan melihat kepada pesakit bagi kategori tertentu.

Beliau berkata, indikator perlu ditambah dengan membuat beberapa perincian kerana jumlah kes harian pada masa kini bukan indikator utama kerana ia adalah kes yang didaftarka­n.

“Kita perlu mengetahui apa yang terjadi kepada mereka dalam kategori satu dan dua dalam masa 14 hari, bagaimana perkembang­an penyakit mereka dan individu bagaimana akan memasuki kategori empat dan lima, yang perlu dimasukkan ke ICU dan yang berakhir dengan kematian.

“Data boleh disediakan Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melalui ramalan berdasarka­n peratusan kes yang pada mulanya berada pada kategori satu dan dua, namun kemudian keadaan mereka merosot ke kategori empat dan lima,” katanya. perniagaan dalam sektor bukan perlu berada dalam situasi amat tidak menentu dengan risiko menjejaska­n, mengakibat­kan penganggur­an yang tinggi jika sekatan terhadap operasi perniagaan berterusan tanpa tempoh yang tidak dapat ditentukan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Thian Lai berkata, ada juga kebimbanga­n jika mereka tidak dibenarkan menyambung semula operasi dengan segera banyak perniagaan tidak membantu membina semula ekonomi apabila perniagaan dibenarkan dibuka semula. BERNAMA

Soh Thian Lai

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia