Berita Harian

Pengerusi Media Prima dianugerah gelaran Datuk Seri

- Oleh Zuhainy Zulkiffli

Syed Hussian antara 2 individu terima Darjah Kedua Tertinggi bagi Pulau Pinang bhnews@bh.com.my

Georgetown: Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Dr Syed Hussian Syed Junid dianugerah­kan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan Ulang Tahun ke-72 Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi

Toh Puan Khadijah Mohd Nor

Syed Hussian Syed Junid

Abdul Razak.

Beliau yang juga Pengerusi Kumpulan Western Digital (M) Sdn Bhd, adalah antara dua individu yang menerima Darjah Kedua Tertinggi bagi Pulau Pinang, selain mantan Pengerusi Kumpulan Maybank yang kini Ahli Lembaga Pengarah Universiti

Mohaiyani Shamsudin

Teknologi Mara (UITM), Datuk Mohaiyani Shamsudin.

Ahmad Fuzi turut menganuger­ahkan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) iaitu Darjah Kebesaran Tertinggi bagi Pulau Pinang yang membawa gelaran Datuk Seri Utama kepada isterinya, Toh Puan Khadijah

Mohd Nor.

Mengikut senarai penerima yang diwartakan pada 22 Julai 2021, seramai 1,306 individu menerima anugerah darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan.

Ahmad Fuzi turut menganuger­ahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada 15 penerima; Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPM) yang membawa gelaran Datuk (14 penerima) dan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang turut membawa gelaran Datuk kepada 116 penerima.

Selain itu, seramai 66 individu akan menerima Darjah Johan Negeri; Bintang Cemerlang Negeri (42); Pingat Kelakuan Terpuji

(195); Pingat Jasa Kebaktian (287); Pingat Jasa Masyarakat (274) serta Pingat Bakti Setia (24).

Sebelum ini, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang, berkata semua acara sempena sambutan ulang tahun itu ditangguhk­an ke satu tarikh akan diumumkan kelak susulan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Beliau berkata, penangguha­n ini berikutan situasi semasa dengan mengambil kira faktor keselamata­n dan kesihatan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di Pulau Pinang.

Bagaimanap­un, katanya, 10 Julai ditetapkan dan diisytihar­kan sebagai hari kelepasan am sempena sambutan ulang tahun berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia