Berita Harian

38,850 pek daging korban diagih secara berperingk­at

-

Putrajaya: Sebanyak 38,850 pek daging korban diagihkan 66 masjid dan surau di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) bermula kelmarin hingga esok.

Agihan daging korban daripada 555 lembu itu dibuat menerusi Program Musaadah Perdana Ibadah Korban Wilayah Persekutua­n 1442H/2021M.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri, berkata program dilaksanak­an dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi membendung penularan COVID-19.

Katanya, proses penyembeli­han termasuk aktiviti lapah, memotong dan membungkus daging dilaksanak­an di lapan rumah sembelihan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar dan Rumah Penyembeli­han Ruminan Swasta yang dilesenkan atau ladang ternakan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmat­an Veterinar di sekitar Lembah Klang.

“Daging korban yang siap dibungkus akan diedarkan kepada penerima berdasarka­n jadual penghantar­an mengikut zon bermula hari raya pertama sehingga hari raya keempat (esok),” katanya di Facebookny­a.

Program Musaadah Perdana Ibadah Korban sempena Aidiladha itu julung kali diadakan dengan kerjasama masjid dan surau di Wilayah Persekutua­n.

Zulkifli berkata, sebanyak 15,540 pek akan diedarkan kepada fakir miskin, manakala selebihnya akan diagihkan kepada peserta korban, petugas barisan hadapan dan golongan yang memerlukan.

“Saya mengharapk­an sumbangan ini dapat meringanka­n beban dan menggembir­akan golongan yang memerlukan terutamany­a dalam tempoh pandemik COVID-19,” katanya.

 ?? (Foto ihsan FB Zulkifli) ?? Zulkifli memantau aktiviti melapah daging pada Program Musaadah Perdana Ibadah Korban Wilayah Persekutua­n 1442H/2021M, semalam.
(Foto ihsan FB Zulkifli) Zulkifli memantau aktiviti melapah daging pada Program Musaadah Perdana Ibadah Korban Wilayah Persekutua­n 1442H/2021M, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia