Berita Harian

3 penjawat awam ditahan guna kereta rasmi seludup PATI

- Oleh Nur Izzati Mohamad

Kota Kinabalu: Tiga penjawat awam ditahan selepas dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunaka­n kenderaan kerajaan bagi melepasi sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kunak-tawau, pada 14 Julai lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, tiga lelaki berusia 39 hingga 49 tahun itu dikatakan menggunaka­n dua pacuan empat roda dengan lambang sebuah agensi kerajaan dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanap­un, tindakan mereka melepasi SJR yang diadakan polis di sepanjang laluan berkenaan gagal selepas kenderaan dipandu laju itu menimbulka­n curiga pihak berkuasa.

Sumber berkata, selepas melepasi tiga sekatan jalan raya, kumpulan berkenaan kemudian ditahan di kawasan Balung, Jalan Apas, Tawau.

Katanya, ketiga-tiga suspek dibawa ke Balai Polis Sri Indah untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati, ketiga-tiga suspek mengaku membawa 15 penumpang dipercayai PATI dari Lahad Datu menuju ke Tawau.

“Bagaimanap­un, ketika ditahan, hanya tiga penjawat berkenaan sahaja yang berada di dalam kenderaan itu, manakala semua pendatang asing tanpa izin terbabit sudah melarikan diri,” katanya.

Kelmarin, kejadian berkenaan tular di laman sosial sehingga menimbulka­n pelbagai reaksi netizen yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelak kejadian sama daripada berulang pada masa depan.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi semalam, mengesahka­n penangkapa­n tiga individu terbabit.

Katanya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (ATIPSOM) 2007 dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Pesuruhjay­a Polis Sabah

Seorang rakyat tempatan turut didakwa solat di pekarangan surau

Bukit Mertajam: Seramai 49 individu, termasuk seorang warga tempatan yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan menunaikan solat sunat Aidiladha di luar pekarangan Surau Taman Pelangi, Juru, di sini direman antara tiga dan empat hari mulai semalam bagi membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Hasliza Razak.

Hasliza membenarka­n semua suspek terdiri daripada 48 warga Bangladesh berusia 20 hingga 43 tahun direman empat hari bermula hari ini, manakala seorang warga tempatan berusia 64 tahun direman tiga hari.

Siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Terdahulu semua suspek berpakaian lokap dibawa ke mahkamah

Kuala Lumpur: Polis menahan 30 warga asing dan seorang wanita tempatan yang menghadiri jamuan Aidiladha di sebuah rumah di Taman Selayang Utama, Batu Caves, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata semua mereka yang terdiri daripada 29 lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 40 tahun, ditahan dalam serbuan jam 10 pagi selepas pihaknya menerima maklumat mereka mengadakan jamuan di rumah berkenaan.

“Daripada 30 warga asing ini, empat mempunyai dokumen perjalanan yang sah, manakala enam memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang tamat tempoh dan 20 lagi tidak memiliki pada jam 10.10 pagi dengan menggunaka­n tiga trak.

Polis kelmarin melancarka­n gerakan mengesan kira-kira 200 warga asing selepas dipercayai melanggar SOP dengan menunaikan solat di luar pekarangan surau hingga tular di media sosial.

Video berdurasi 22 saat yang tular itu memaparkan ratusan individu yang menunaikan solat sunat Aidiladha di jalan raya di luar pekarangan surau yang dirakamkan orang awam yang melalui kawasan terbabit.

Dalam video berkenaan semua individu terbabit solat dalam keadaan penjarakan fizikal, namun sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka didapati sudah melakukan kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan berkumpul dan gagal mengamalka­n penjarakan fizikal, memiliki PLKS yang tamat tempoh dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan.

Semua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut dan semua warga asing yang ditahan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang bagi permohonan reman, semalam.

Zainal Mohamed berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu tidak memiliki pas ia tidak sepatutnya berlaku memandangk­an negara kini dalam Pelan Pemulihan Negara.

Berikutan itu, Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mengarahka­n Jabatan Imigresen (Imigresen) mengambil tindakan pengusiran mengikut Akta Imigresen 1958/63 sekiranya pelanggara­n SOP solat sunat Aidiladha itu membabitka­n warga asing.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dilaporkan berkata, pihaknya memberi jaminan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terbabit menganjurk­an

Ketua Polis Daerah Gombak majlis berkenaan.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah sudah pun memulakan siasatan.

Selain itu, katanya, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain diminta memberikan laporan serta penjelasan terperinci dengan segera berhubung penugasan anggotanya yang dipertangg­ungjawab untuk memantau pematuhan SOP ketika perayaan Aidiladha tahun ini.

 ?? (Foto Danial Saad /BH) ?? Antara 49 individu tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam.
(Foto Danial Saad /BH) Antara 49 individu tiba di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia