Berita Harian

23,352 kenderaan kena patah balik dalam 5 hari

- Oleh Nor Azizah Mokhtar

Toh Han Boon dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.

Polis kesal kerana ada masih degil cuba pulang ke kampung sambut Aidiladha

Sebanyak 23,352 kenderaan yang melalui sekatan jalan raya (SJR) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara, diarahkan berpatah balik dalam tempoh lima hari sehingga menjelang sambutan Aidiladha kelmarin.

Dalam tempoh sama, lebih 1.8 juta kenderaan diperiksa dengan purata antara 280,000 hingga 450,000 kenderaan yang melalui SJR didirikan PDRM diperiksa di seluruh negara setiap hari.

Bermula Jumaat lalu, sebanyak 4,839 kenderaan yang melalui lebih 800 SJR yang didirikan di seluruh negara diarahkan berpatah balik kerana cuba merentas negeri termasuk untuk pulang ke kampung menyambut Aidiladha.

Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan, Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner M V Srikumar Nair, berkata pada hari terbabit, sebanyak 397,236 kenderaan diperiksa keseluruha­n.

“Sebanyak 4,839 diarah berpatah balik, manakala 408 dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Pemulihan Negara (PPN),” katanya kepada BH, semalam.

Pada hari berikutnya, kata beliau sebanyak 3,672 kenderaan daripada 381,952 yang diperiksa diarahkan berpatah balik dan 423 kenderaan dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan SOP.

Srikumar Nair berkata, jumlah kenderaan yang diarahkan berpatah balik meningkat pada Ahad lalu apabila 4,666 kenderaan diarah berpatah balik daripada keseluruha­n 361,582 kenderaan yang diperiksa dengan 492 dikenakan kompaun.

“Angka kenderaan yang diarah berpatah balik terus meningkat kelmarin iaitu sehari sebelum sambutan Aidiladha dengan 5,594 kenderaan diarah berpatah balik.

“Jumlah kenderaan yang diperiksa juga meningkat kepada 456,019 kenderaan dengan 355 kompaun kerana melanggar SOP dikeluarka­n,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya jumlah kenderaan diarah berpatah balik menurun kelmarin apabila hanya 4,581 kenderaan diarah berpatah balik dan sebanyak 280,637 kenderaan diperiksa dan 332 kompaun dikeluarka­n.

Mengulas jumlah yang diarah berpatah balik itu, Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, berkata pihaknya kesal apabila ada lagi yang memberikan pelbagai alasan untuk pulang ke kampung menyambut Aidiladha.

“Ada yang beri alasan mahu pulang ke kampung untuk buat ibadah korban, nak bantu mengagihka­n daging korban. Ada juga yang bagi alasan nak ziarahi kubur dan ada juga yang memang mahu pulang ke kampung untuk beraya.

“Kita pun tidak faham kenapa perkara sebegini masih berlaku sedangkan sudah banyak larangan dan peringatan dikeluarka­n pihak polis dan kerajaan, tetapi masih ramai yang degil dan tidak mahu mematuhi SOP,” katanya.

Zainal Abidin berkata, mereka yang mempunyai surat kebenaran dikeluarka­n Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) hanya akan diberikan kebenaran melalui sekatan jalan raya mulai hari ini.

Ini susulan arahan dikeluarka­n Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Sabtu lalu yang melarang sebarang pergerakan merentas negeri menggunaka­n surat kebenaran MITI bermula Ahad lalu hingga semalam.

Larangan itu bagi mengelak perbuatan pihak tidak bertanggun­gjawab menyalahgu­na surat kebenaran MITI untuk merentas negeri bagi tujuan pulang ke kampung menyambut Aidiladha.

Anggota polis memeriksa dokumen rentas negeri pengguna jalan raya di sekatan jalan raya dekat Tol Gombak, semalam.

 ?? (Foto Fariz Iswadi Ismail/bh) ??
(Foto Fariz Iswadi Ismail/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia