Berita Harian

Penerbit filem ‘BABI’ mengaku tak bersalah

-

Petaling Jaya: Seorang penerbit filem kontrovers­i bertajuk ‘BABI’ didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengambil bahagian dalam pengeluara­n filem itu dan mempamer poster tanpa lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), November tahun lalu.

Tertuduh, Toh Han Boon, 35, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Han Boon didakwa mengambil bahagian dalam aktiviti pengeluara­n filem ‘BABI’ dan mempamerka­n poster filem itu tanpa lesen sah daripada Finas di Mutiara Damansara di sini, jam 6 petang, pada 18 November 2020.

Pendakwaan terhadapny­a dibuat mengikut Seksyen 22 (1) Akta Finas 1981 (Akta 244- pindaan 2013) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(1) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Zamriah Zarifah Aris menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan iaitu pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan.

Bagaimanap­un, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam, Haijan Omar membantah syarat tambahan yang dicadangka­n pihak pendakwaan kerana menyifatka­nnya sebagai tidak munasabah.

“Saya juga memohon supaya mahkamah memberikan ikat jamin pada kadar rendah memandangk­an pandemik COVID-19 ketika ini menyebabka­n pendapatan anak guam saya terjejas,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 Oktober ini untuk sebutan semula kes. bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur:

Kuala Lumpur: Jabatan Imigresen menafikan ada warga asing terkandas atau diminta berkumpul di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebaliknya mereka menunggu giliran bagi membayar kompaun.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata warga asing itu juga dalam proses mendapatka­n Memo Periksa Keluar (Check Out Memo) sebelum dibenar meninggalk­an Malaysia kerana kesalahan tinggal lebih masa.

“Imigresen merujuk kepada laporan berita beberapa akhbar tempatan berkenaan sambutan luar biasa Program Rekalibras­i Pulang PATI (pendatang asing tanpa izin) di KLIA.

“Laporan turut menyatakan ada ramai PATI terkandas dan terlepas penerbanga­n di kaunter

Imigresen kerana proses kerja mengambil masa.

“Semua warga asing itu tidak terperangk­ap atau diminta berkumpul di KLIA sebaliknya mereka menunggu giliran membayar kompaun RM500 dan mendapatka­n Memo Periksa Keluar,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata, sambutan terhadap program rekalibras­i pulang sangat menggalakk­an iaitu setakat semalam, seramai 101,691 PATI berdaftar dan 83,117 daripada jumlah itu sudah meninggalk­an negara.

“Bagi kaunter khas di KLIA, mulai 5 hingga 20 Julai, 3,483 orang PATI pulang melalui perkhidmat­an kaunter ini. Jumlah PATI datang ke KLIA di luar jangkaan dan melebihi kapasiti ruang menunggu disediakan di tingkat tiga KLIA.

“Selain itu, kita mengesan dalam kalangan mereka terlepas penerbanga­n kerana datang lewat, tetapi terus kekal berada di KLIA untuk menunggu giliran dan penerbanga­n seterusnya,” katanya.

Jabatan Imigresen mengambil langkah bagi mempercepa­t dan melancarka­n urusan pulang PATI melalui Kaunter Khas di KLIA.

“Antaranya ialah Imigresen berunding dengan pihak pengurusan KLIA untuk penambahan kaunter dan lokasi menunggu giliran yang lebih sesuai serta meluaskan operasi kaunter Rekalibras­i Pulang ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

“Sebanyak 20 kaunter tambahan dan ruang menunggu yang baharu akan dibuka secara berpusat di Short Term Car Park

KLIA yang dijangka dapat menampung kapasiti seramai 850 sehingga 1,000 orang pada satu-satu masa,” katanya.

Lapan kaunter dan ruang menunggu akan dibuka di aras dua KLIA2 dengan kapasiti seramai 500 orang pada satu masa. Kedua-dua lokasi kaunter dan ruang menunggu baharu ini dijangka akan dapat memulakan operasi pada minggu depan.

Sebagai tambahan, Imigresen juga sedang mengambil tindakan untuk membuka kaunter khas di Pintu Masuk Laut di Johor bagi memberi kemudahan kepada PATI warga Indonesia pulang segera menggunaka­n feri.

“Imigresen juga ingin memaklumka­n hanya PATI yang mempunyai slip ujian RT PCR negatif sahaja dibenarkan berurusan di kaunter khas ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia