Berita Harian

Lelaki rakam video ketika dikompaun kena reman

-

Kuala Lumpur: Tindakan seorang lelaki membuat provokasi dan memuat naik video secara langsung ketika polis mengeluark­an kompaun terhadapny­a kerana tidak memakai pelitup muka di sebuah stesen minyak di Sri Damansara, Petaling Jaya, ditahan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata suspek ditahan di kediamanny­a di sebuah apartmen di Bandar Sri Damansara, kira-kira jam 10 malam.

Semalam, Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairol Azhar Mohd Ishak, membenarka­n permohonan polis untuk menahan reman lelaki berusia 29 tahun itu selama empat hari hingga Sabtu ini.

Suspek yang bekerja sebagai ejen insurans ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 188 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan multimedia.

Menjelaska­n butiran kejadian, Mohamad Fakhrudin berkata, sekitar jam 1.50 tengah hari kelmarin, polis mengesan satu video di Facebook berdurasi 15 minit 42 saat memaparkan seorang lelaki tempatan yang enggan bekerjasam­a dengan polis dan mempertika­ikan tindakan polis mengeluark­an kompaun terhadapny­a.

“Siasatan mendapati, kejadian itu berlaku jam 12.30 tengah hari, Isnin lalu di sebuah stesen minyak di Sri Damansara apabila polis mengeluark­an kompaun terhadapny­a kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

“Ketika kejadian, suspek membuat rakaman video secara langsung dan melakukan provokasi dengan mengeluark­an kata-kata kesat terhadap anggota polis bertugas serta mengeluark­an kenyataan yang boleh mendatangk­an khianat awam,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Sebaik selesai dikompaun suspek meneruskan video secara langsung dengan mengeluark­an kata-kata kesat berbaur penghinaan terhadap polis.

“Kita menerima satu laporan polis berhubung video itu daripada seorang lelaki berusia 38 tahun pada jam 9.17 malam (kelmarin). Susulan itu polis melakukan tangkapan ke atas suspek untuk siasatan dan ketika membuat tangkapan malam tadi (semalam), suspek sekali lagi membuat membuat video secara langsung melalui akaun media sosial sama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia