Berita Harian

Dasar Belanjawan 2021 berhasil turunkan dagangan rokok haram

-

Kuala Lumpur: Insiden perdaganga­n rokok haram di negara ini merekodkan penyusutan 6.2 peratus hasil keberkesan­an dasar kerajaan yang digariskan dalam Belanjawan 2021.

Penguranga­n daripada 64.1 peratus pada Disember 2020 kepada 57.9 peratus setakat Mei lalu, kali pertama dicatat dalam tempoh enam tahun, sejak penurunan terakhir pada 2015.

Pengarah Urusan Japan Tobacco Internatio­nal Berhad (JTI Malaysia), Khoo Bee Leng, berkata keputusan perangkaan itu susulan Kajian Rokok Haram (ICS) kendalian Persekutua­n Pengeluar Tembakau Malaysia (CMTM).

Jelasnya, pelaksanaa­n langkah kawalan yang lebih ketat oleh kerajaan dan penelitian terhadap proses import rokok dikenal pasti antara penyumbang kejayaan sedemikian.

“Penguranga­n insiden rokok haram ialah petunjuk awal kesan positif daripada dasar yang digariskan Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz) dalam pembentang­an Belanjawan 2021.

“Ini termasuk menghentik­an pengeluara­n lesen import baharu, mengetatka­n proses pembaharua­n lesen import, mengehadka­n jumlah pelabuhan untuk kemasukan rokok dan mengenakan cukai import.

“Tekad kerajaan melaksanak­an perkara ini walaupun berdepan tentangan daripada segelintir pihak ternyata membuahkan hasil yang sangat baik.

“Sehubungan itu, dasar yang menyumbang ke arah usaha mengekang insiden rokok haram ini perlu diteruskan dan diperkasa pada masa akan datang,” katanya pada sidang media secara maya, semalam.

Bee Leng berkata, tinjauan tahun lalu menyaksika­n rokok haram pada asalnya menguasai 64 peratus daripada keseluruha­n pasaran di negara ini, manakala selebihnya, iaitu 36 peratus ialah rokok yang dikenakan cukai.

Bagaimanap­un, katanya, kemunculan ‘vape’ dan penjualan cecair pelbagai perasa mengundang masalah yang semakin meruncing dalam aspek ketirisan perolehan cukai kerajaan.

Sebanyak 42 peratus daripada pasaran tahun lalu terdiri daripada penjualan cecair vape atau bersamaan dengan 12.5 bilion batang rokok.

“Sekiranya dicampur dengan kesan insiden rokok haram, iaitu 37 peratus atau 11.1 bilion batang rokok, maka kedua-duanya mewakili 79 peratus daripada keseluruha­n pasaran berbanding 64 peratus sebelum ini.

“Setakat ini, kerajaan mengenakan cukai sebanyak 40 sen bagi setiap milimeter cecair vape, namun JIT berpendapa­t kadar ini harus ditingkatk­an lagi susulan penggunaan kandungan nikotin dalam cecair vape.

“Malah, kawalan menerusi cukai berupaya mengawal jenis kandungan yang dimasukkan dalam cecair vape, memandangk­an kebanyakan produk diimport dari China,” katanya.

Susulan penguranga­n insiden rokok haram, Bee Leng berkata, ia tidak sepatutnya dijadikan sandaran untuk kerajaan mempertimb­angkan kemungkina­n menaikkan cukai produk tembakau.

Mengambil contoh kenaikan cukai produk tembakau pada 2015, beliau berkata, langkah sedemikian akhirnya mencetuska­n lonjakan sebanyak 43 peratus terhadap insiden rokok haram.

“Sekiranya jurang harga antara rokok yang dikenakan cukai dan rokok haram terus melebar, susulan peningkata­n cukai, insiden rokok haram akan terus berleluasa.

“Kesan ini, sekali gus merencatka­n kejayaan penguranga­n insiden rokok haram yang direkodkan dalam tempoh lima bulan lalu,” katanya.

 ??  ?? Khoo Bee Leng
Khoo Bee Leng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia