Berita Harian

MAHB teroka khidmat teksi udara elektrik di Malaysia

MOU bersama Skyports, Volocopter perkukuhka­n lagi kedudukan LTSAAS di Asia Pasifik

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

hazwanfais­al@bh.com.my

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) tiga pihak dengan Skyports dan Volocopter bagi menjalanka­n kajian kemungkina­n menyediaka­n infrastruk­tur ‘vertiport’ (lapangan terbang berlepas dan mendarat secara menegak) di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, berkata menerusi kerjasama itu, ketigatiga pihak akan meneroka pelaksanaa­n perkhidmat­an teksi udara elektrik di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Subang (LTSAAS) serta lokasi lain di seluruh negara.

Katanya, ini akan meletakkan Malaysia sebagai antara pemimpin di rantau ini dari segi kesediaan untuk melaksanak­an Mobiliti Udara Bandar (UAM).

“Revolusi dan teknologi teksi udara adalah penemuan besar akan datang berikutnya yang kami mahu lihat berlaku dalam (industri) penerbanga­n Malaysia.

“Memandangk­an LTSAAS menawarkan ekosistem sinergi dalam sektor penerbanga­n dan aeroangkas­a, sudah sampai masanya kita meneroka perkhidmat­an baharu ini kerana ia melengkapk­an pembanguna­n utama lain inisiatif penjanaan semula industri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Skyports adalah pereka bentuk dan pengendali utama dunia infrastruk­tur ‘vertiport’ bagi teksi udara elektrik, manakala Volocopter adalah perintis kepada UAM.

Mengikut MOU itu, semua pihak akan menggabung­kan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB kepakaran penerbanga­n dan aeroangkas­a yang berbeza untuk menjalanka­n kajian kemungkina­n, menilai penyelesai­an ‘vertiport’ yang sesuai bagi membolehka­n pelepasan dan pendaratan kenderaan pelepasan dan pendaratan vertikal elektrik penumpang (EVTOL) yang selamat.

Kajian itu akan mengambil kira faktor seperti permintaan, aliran pelanggan dan kaedah untuk menyepaduk­an operasi UAM.

Mohd Shukrie berkata, MAHB berharap dapat mengukuhka­n lagi kedudukan LTSAAS di Asia Pasifik dengan memenuhi segmen penyelidik­an, pemasangan, pembuatan, penyenggar­aan, pembaikan dan baik pulih, selain operasi teksi udara.

“Ia bertujuan untuk menyediaka­n keupayaan dan penyelesai­an menyeluruh dan bernilai tinggi yang diterajui oleh pengendali utama,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia