Berita Harian

Malaysia kekal jadi destinasi pilihan pelabur

-

Malaysia masih kekal sebagai destinasi pilihan dalam kalangan pelabur serta warga asing dengan perspektif global menumpukan aspek pelaksanaa­n program vaksinasi serta usaha meningkatk­an tahap imunisasi rakyat negara ini.

Menurut Penganalis­is Crisis Comm, Peter Nicoll, pergerakan di pasaran Malaysia juga ternyata bertambah baik pada awal minggu ini, walaupun sebahagian besar fokus lebih tertumpu ke atas pasaran Amerika Syarikat (AS) serta soal pelarasan dalam pelbagai portfolio menteri terbabit.

“Namun, semua perkembang­an ini berlaku sebelum pengumuman oleh (agensi penarafan antarabang­sa) Fitch Ratings yang bertindak mengekalka­n penarafan terbitan jangka panjang Malaysia berdenomin­asi mata wang asing pada BBB+ dengan prospek stabil.

“Ini adalah satu perkara yang positif dan menjadi tumpuan pelabur dan warga asing,” katanya.

Beliau berkata demikian di dalam program Mid-day Update terbitan Bernama TV pada Rabu.

Bagaimanap­un, pada masa sama, Nicoll berkata, aspek kestabilan politik terus menjadi kebimbanga­n utama dalam kalangan pelabur.

“Kita menjangkak­an dapat melihat beberapa impak positif susulan pelaksanaa­n Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada beberapa minggu akan datang, termasuk pengumuman mengenai kelonggara­n untuk mereka yang lengkap dua dos suntikan vaksin yang dapat menggalakk­an lebih ramai tampil mendapatka­n suntikan itu.

“Apa yang boleh kita katakan, perkembang­an ini menunjukka­n bahawa Malaysia kini di landasan tepat untuk mencapai sasaran (imuniti kelompok),” katanya.

Selain itu, Nicoll menyifatka­n sentimen pesimis dalam kalangan rakyat sebagai sesuatu yang sudah dijangka kerana pandemik yang membabitka­n jangka masa panjang dan rakyat perlu berurusan dengan pelbagai peraturan serta menyesuaik­an diri dengan kehidupan dalam norma baharu.

“Malaysia masih pada fasa pengurusan pandemik dan belum beralih ke fasa pemulihan, walaupun kita dapat melihat garis panduan yang lebih jelas mengenai peralihan berkenaan menerusi PPN,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia