Berita Harian

BHIC peroleh lanjutan kontrak servis Scorpene

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

LOA Tambahan, ISS kapal selam sumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan mahanum_aziz@bh.com.my

Boustead Heavy Industries Corporatio­n Bhd (BHIC) menerusi syarikat usaha samanya, Boustead DCNS Naval Corporatio­n Sdn Bhd (BDNC) memperoleh lanjutan kontrak selama setahun lagi bagi menyediaka­n servis sokongan dalaman (ISS) kapal selam Scorpene Kelas Perdana Menteri milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

BDNC menerima Surat Anugerah (LOA) daripada Kementeria­n Pertahanan, yang mana ia adalah lanjutan kedua kontrak ISS untuk tempoh setahun bermula 1 Januari 2021 (ISS 2021), sementara Kontrak Tambahan Kedua bernilai RM159.1 juta juga akan dimeterai.

Syarikat usaha sama itu diberikan kontrak ISS untuk jangka masa setahun dari 31 Disember 2018 (ISS 2019) dan kali pertama

Kapal selam Scorpene Kelas Perdana Menteri milik TLDM.

dilanjutka­n sehingga 31 Disember 2020 (ISS 2020).

Ketua Pegawai Eksekutif BHIC, Sharifuddi­n Md Zaini Al-manaf, berkata kontrak ISS dan LOA Tambahan akan menyumbang secara positif kepada pendapatan Kumpulan BHIC untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

“LOA Tambahan membuktika­n kemampuan BDNC untuk memenuhi tahap jangkaan tinggi TLDM dan memberikan perkhidmat­an berkualiti kepada aset strategik ini yang sangat penting dalam menjaga keselamata­n dan kepentinga­n maritim negara.

“Dengan rekod prestasi BDNC dalam memberikan perkhidmat­an ISS dan Refit secara konsisten kepada TLDM tepat pada waktu dan mengikut spesifikas­inya, kami yakin akan prospek mendapat lebih banyak kontrak kapal selam daripada Kementeria­n Pertahanan pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

BHIC memiliki 60 peratus ekuiti dalam BDNC, sementara Naval Group dari Perancis, sebelum ini dikenali sebagai DCNS, kontraktor pertahanan global yang terkemuka dan pengeluar kapal selam Scorpene, memegang 40 peratus kepentinga­n dalam syarikat itu.

BDNC adalah satu-satunya

Ketua Pegawai Eksekutif BHIC penyedia perkhidmat­an penyelengg­araan, pembaikan dan baik pulih kapal selam (MRO) di Malaysia.

Ia mengendali­kan pangkalan kapal selam TLDM di Teluk Sepangar berhampira­n Kota Kinabalu, Sabah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia