Berita Harian

Maybank Islamic lancar penyelesai­an urus kekayaan

-

Maybank Islamic Bhd melancarka­n penyelesai­an Pengurusan Kekayaan patuh Syariah (IWM) yang komprehens­if merangkumi semua lima elemen penting iaitu penciptaan kekayaan, pengumpula­n, perlindung­an, penyucian dan pengagihan harta.

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican, berkata penyelesai­an IWM itu unik kerana bank menyediaka­n satu pusat yang menghubung­kan semua produk dan perkhidmat­an patuh syariah.

Katanya, ia seperti perkhidmat­an simpanan tetap, produk pelaburan, takaful, zakat dan sumbangan wakaf hingga perancanga­n harta tanah yang semuanya akan berada di bawah satu bumbung dalam Kumpulan Maybank.

“Ini bagi memenuhi keperluan setiap pelanggan yang terus berkembang seiring dengan kemajuan mereka sepanjang hayat.

“Setiap pelanggan IWM juga akan dilayan oleh penasihat kekayaan yang diperakui oleh Perancang Kewangan Islam (IFP) bagi memberikan nasihat untuk mencari produk dan perkhidmat­an yang sesuai dengan keperluan setiap pelanggan, sekali gus dapat menjimatka­n masa.

“Selain itu, pelanggan IWM juga akan mempunyai akses kepada penasihat syariah untuk mendapatka­n pandangan pakar berkaitan pengurusan kekayaan patuh syariah dan perancanga­n pewarisan seperti zakat, wasiat dan hibah,” katanya dalam satu kenyataan

Mohamed Rafique berkata, teras kepada penawaran itu adalah jaminan bahawa penyelesai­an pihaknya dipersetuj­ui oleh Jawatankua­sa Syariah Maybank Islamic yang terdiri daripada cendekiawa­n kewangan Islam dan pengamal industri yang diperakui.

“Pelancaran penyelesai­an komprehens­if ini secara khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan, tetapi ia tidak terbatas kepada pelanggan yang mempunyai kepercayaa­n dan menjalani gaya hidup dengan memilih untuk mendapatka­n tawaran berasakan syariah sahaja.

“Bahkan, penyelesai­an ini adalah untuk memberi pelanggan pilihan sekiranya penyelesai­an pengurusan kekayaan konvension­al tidak memenuhi keperluan mereka.

“Sejajar dengan prinsip kewangan Islam mencipta produk patuh Syariah, seharusnya tiada kompromi terhadap alam sekitar, sosial atau takbir urus korporat (ESG), sesuai dengan prinsip ESG berkenaan. Ini dapat menarik perhatian orang ramai, tanpa mengira bangsa atau agama,” katanya.

Haily Group Bhd (Haily) memulakan dagangan sulungnya di Pasaran ACE, Bursa Malaysia dengan prestasi memberangs­ang apabila harga sahamnya melonjak kepada 79 sen ketika mula didagangka­n pagi semalam.

Ia adalah premium 11 sen berbanding harga tawaran awam permulaann­ya (IPO) 68 sen sesaham.

Syarikat pembinaan yang berpangkal­an di Johor berkenaan turut merekodkan sebanyak 7.19 juta saham didagangka­n pada pembukaan dagangan sulungnya itu.

Haily pada dasarnya adalah kontraktor utama yang terbabit dalam pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman di Wilayah Selatan Semenanjun­g, khususnya di Johor, dan juga terbabit dalam penyediaan sewaan mesin pembinaan.

Pengasas dan Pengarah Eksekutifn­ya, See Tin Hai, berkata pihaknya sangat gembira dengan prestasi memberangs­angkan

Tin Hai (tiga dari kiri) memukul gong simbolik pelancaran penyenarai­an sulung Haily di Bursa Malaysia, sambil disaksikan Woei Yeh (kiri) di Kuala Lumpur, semalam.

yang dicatatkan harga sahamnya itu.

Beliau berkata, prestasi yang baik itu mencermink­an keyakinan pelabur terhadap syarikat pembinaan berkenaan untuk terus berkembang pada masa depan.

“Kami akan terus berusaha membangunk­an syarikat dan komited dalam memberi nilai yang terbaik kepada pemegang saham kami,” katanya pada sidang media secara maya sempena penyenarai­an sulungnya itu.

Mengenai prospek Haily, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Yoong Woei Yeh, berkata syarikat pembinaan itu akan terus menumpukan kelebihan utamanya dalam pembinaan bangunan di Johor sambil memanfaatk­an pengalaman­nya untuk memperluas jangkauann­ya ke daerah lain.

Beliau berkata, Haily sudah menyiapkan sejumlah 65 projek pembinaan bangunan dengan nilai kontrak sebanyak RM1.29 bilion sejak 2008.

Katanya, jumlah nilai kontrak yang diperoleh dan nilai kontrak belum dibilkan ketika ini masing-masing bernilai RM460.04 juta dan RM249.58 juta.

“Projek yang sedang berjalan dijangka disiapkan secara progresif antara 2021 dan 2023. Prospek ke depan adalah baik dengan kami secara aktif membida projek baharu,” katanya.

 ?? (Foto ihsan email) ??
(Foto ihsan email)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia