Berita Harian

Sentimen negatif pengaruhi bursa

-

FBM KLCI susut 3.45 mata untuk ditutup lebih rendah kepada 1,516.52

Bursa Malaysia mengakhiri dagangan lebih rendah semalam berikutan sentimen yang kurang memberangs­angkan serta kebimbanga­n mengenai impak varian Delta COVID-19 ke atas ekonomi global, selain prestasi sebahagian besar pasaran serantau, kata seorang penganalis­is.

Pada jam 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.45 mata kepada 1,516.52 berbanding 1,519.97 ketika pasaran ditutup pada Isnin.

Bursa ditutup semalam sempena cuti umum Aidiladha.

Ketika dagangan dibuka pagi semalam, indeks penanda aras itu menokok 1.40 mata kepada 1,521.37 dan bergerak dalam jajaran 1,515.34 dan 1,521.57 sepanjang sesi dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung, iaitu 580 berbanding 400, manakala 450 kaunter tidak berubah, 813 tidak diniagakan dan 18 lain digantung daganganny­a.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5.47 bilion unit bernilai RM3.44 bilion daripada 4.82 bilion unit bernilai RM3.43 bilion yang dicatatkan pada Isnin lalu.

Seorang peniaga berkata, pasaran tempatan dibuka tinggi pagi ini (semalam), didorong oleh peningkata­n prestasi semalaman Wall Street, namun kembali susut apabila kebimbanga­n mengenai penularan COVID-19 terus memberi kesan terhadap sentimen pasaran dan menyebabka­n pelabur bertindak melepaskan pegangan aset berisiko.

“Pasaran saham Asia mencatat prestasi bercampur-campur susulan peningkata­n semula Wall Street dan lonjakan eksport Jepun. Bagaimanap­un, peningkata­n itu ternyata sementara ketika pelabur lebih mengutamak­an impak varian Delta itu terhadap ekonomi global,” katanya.

Pada peringkat serantau menyaksika­n pasaran Indeks Straits Times Singapura naik 0.29 peratus kepada 3,120.28; Nikkei Jepun 225 menokok 0.58 peratus kepada 27,548.0; Indeks Hang Seng Hong Kong sebaliknya susut 0.13 peratus kepada 27,224.58 dan Kospi Korea Selatan turun 0.52 peratus kepada 3,215.91.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata FBM KLCI susut 0.23 peratus semalam, diheret turun oleh prestasi Mr D.I.Y yang merosot 4.0 peratus dan menyebabka­n Indeks Produk dan Perkhidmat­an Pengguna Bursa Malaysia berkuranga­n 0.6 peratus pada akhir dagangan.

“Selain itu, lonjakan kes jangkitan COVID-19 itu telah memacu Indeks Penjagaan Kesihatan Bursa Malaysia sebanyak 2.0 peratus, didorong peningkata­n dicatatkan kaunter sarung tangan getah,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksika­n Maybank rugi satu sen kepada RM8.01, Public Bank susut tiga sen kepada RM4.01,

TNB merosot lima sen kepada RM9.71 dan IHH Healthcare turun satu sen kepada RM5.74. Petronas Chemicals sebaliknya naik lima sen kepada RM8.05.

Bagi saham aktif, waran Pasukhas menokok 1.5 sen kepada dua sen, manakala sahamnya naik setengah sen kepada 11 sen, Systech menambah satu sen kepada 31.5 sen, manakala Haily Group yang melakukan kemunculan pertama di Pasaran ACE naik enam sen kepada 74 sen.

Borneo Oil sebaliknya berkuranga­n setengah sen kepada tiga sen, manakala Kanger Internatio­nal tidak berubah pada 7.5 sen.

Di papan indeks menyaksika­n Indeks FBM Emas susut 9.13 mata kepada 11,103.34, Indeks FBMT 100 merosot 9.60 mata kepada 10,806.17 dan FBM ACE naik 43.66 mata kepada 7,302.87. Indeks FBM Emas Syariah meningkat 26.62 mata kepada 12,215.95, manakala FBM 70 menokok 45.64 mata kepada 14,564.93.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan merosot 77.68 mata kepada 14,794.24, Indeks Perladanga­n berkuranga­n 61.48 mata kepada 6,173.41 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an

COVID-19 harian Malaysia kekal melebihi 10,000 apabila merekodkan 11,985 kes baharu semalam dan angka itu menjadikan kes keseluruha­n sebanyak 951,884.

“Berlandask­an andaian sentimen negatif ini berlanjuta­n, jika kes kekal tinggi di Malaysia, kami menjangkak­an dolar AS berbanding ringgit menguji paras 4.2500 minggu ini dan 4.3000 minggu depan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata walaupun harga minyak mentah Brent meningkat semalam, yang sewajarnya mempunyai kaitan dengan ringgit, namun kebimbanga­n mengenai varian COVID-19 baharu menjejaska­n kenaikan dalam pasaran minyak.

Ketika laporan ini ditulis, harga minyak mentah Brent naik 1.15 peratus kepada AS$70.15 satu tong.

Ketika penutupan dagangan, mata wang tempatan diniagakan kebanyakan­nya tinggi berbanding mata wang utama. Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0938/0961 daripada 3.1034/1057 ketika ditutup pada Isnin dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7695/7729 daripada 5.8038/8072.

Unit tempatan turut meningkat berbanding yen kepada 3.8448/8474 daripada 3.8470/8493, namun rendah berbanding euro kepada 4.9819/9849 daripada 4.9750/9780 pada Isnin.

Pasaran ditutup pada Selasa bagi cuti umum sempena sambutan Aidiladha. BERNAMA

Perindustr­ian susut 0.40 mata kepada 188.35.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkuranga­n kepada 2.64 bilion saham bernilai RM2.50 bilion daripada 2.82 bilion saham bernilai RM2.78 bilion pada Isnin. Jumlah waran meningkat kepada 356.07 juta unit bernilai RM36.39 juta berbanding 291.96 juta unit bernilai RM33.12 juta sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah daganganny­a melonjak kepada 2.46 bilion saham bernilai RM901.88 juta daripada 170 juta saham bernilai RM623.13 juta pada Isnin.

Selain itu, produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang sebanyak 404.09 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, manakala produk dan perkhidmat­an perindustr­ian (1.06 bilion), pembinaan (97.59 juta), teknologi (344.13 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (55.96 juta), hartanah (126.41 juta), perladanga­n (19.63 juta), REIT (2.78 juta), dana/tertutup (5,000), tenaga (254.70 juta), penjagaan kesihatan (178.71 juta), telekomuni­kasi dan media (38.62 juta), pengangkut­an dan logistik (57.61 juta) serta utiliti (9.22 juta). BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia