Berita Harian

Singapura kuat kuasa semula fasa amaran tinggi

-

Singapura: Republik ini kembali kepada Fasa Dua (Amaran Tinggi) bagi menangani lonjakan kes tempatan COVID-19, berkuat kuasa semalam hingga 18 Ogos depan.

Susulan itu, orang ramai antara lain tidak akan dibenarkan untuk makan di dalam kedai, manakala saiz perhimpuna­n sosial dihadkan semula kepada dua individu sahaja, lapor Channel News Asia.

Kementeria­n Kesihatan (MOH) Singapura memaklumka­n, penguatkua­saan itu sekali gus menggantik­an langkah yang diumumkan Isnin lalu.

Katanya, kerajaan akan membuat semakan semula dalam tempoh dua minggu dan melakukan pelarasan berdasarka­n keadaan semasa.

Pasukan petugas COVID-19 memutuskan, golongan sudah menerima vaksinasi lengkap akan turut tertakluk kepada penguatkua­saan sama.

Bagaimanap­un, Pengerusi Bersama pasukan itu, Gan Kim Yong, berkata pertimbang­an berhubung perkara itu akan dibuat apabila kadar vaksinasi meningkat atau keadaan telah stabil.

“Kami tahu berita ini amat mengecewak­an ramai orang, terutama perniagaan dalam sektor makanan dan minuman.

“Sektor ini terjejas teruk susulan pelaksanaa­n sekatan terdahulu dan mereka bekerja keras untuk menyesuaik­an diri dengan perubahan peraturan,” katanya yang juga Menteri Perdaganga­n dan Industri, pada sidang media, kelmarin.

MOH dalam satu kenyataan mengingatk­an orang ramai supaya terus membataska­n perhimpuna­n sosial.

Semua pengusaha makanan dan minuman, termasuk di pusat penjaja serta medan selera, hanya dibenarkan untuk menjual secara bungkus atau penghantar­an.

Pengerusi Bersama pasukan petugas itu, Lawrence Wong pula menjelaska­n, penetapan untuk kembali kepada Fasa Dua (Amaran Tinggi) adalah ‚keputusan yang amat sukar‘ dan dibuat selepas dipertimba­ngkan sedalam-dalamnya.

“Namun berdasarka­n penilaian terhadap perkembang­an kes dengan banyak kluster dikesan dan kemungkina­n ia menular dalam komuniti, kami membuat keputusan untuk mengambil tindakan sebagai usaha memperlaha­nkan jangkitan. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia