Berita Harian

Dunia masih gagal henti penularan pandemik

-

Pelaksanaa­n vaksinasi tidak seimbang berisiko cetus krisis lebih buruk

Tokyo: Dunia masih gagal menghentik­an penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaa­n vaksinasi yang tidak seimbang berisiko memburukka­n lagi krisis itu, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesu­s.

“Pandemik COVID-19 adalah suatu ujian yang menyaksika­n dunia sedang gagal, setakat ini.

“Lebih empat juta mangsa sudah terkorban dan ramai lagi bakal menyusul. Hingga kini, angka kematian tahun ini telah melebihi dua kali ganda jumlah pada tahun lalu.

“Ancaman ini belum berakhir di mana-mana sehinggala­h ia berakhir di semua tempat. Sesiapa yang menganggap pandemik ini sudah berakhir, sedang hidup dalam ‘syurga orang

Tedros menerima obor Olimpik selepas menyampaik­an ucaptama pada sesi Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa di Tokyo, semalam

bodoh’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucaptama pada sesi Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) di sebuah hotel di Tokyo.

Pada majlis itu, Tedros turut menerima obor Olimpik yang diserahkan secara simbolik oleh Presiden IOC, Thomas Bach.

Mengulas lanjut, Tedros memaklumka­n setakat ini, hanya 10 negara memberi 75 peratus suntikan vaksin.

Beliau berkata, keadaan itu ibarat satu kebakaran besar yang mana jika hanya api pada satu bahagian dipadamkan, bahagian lain akan terus terbakar, sekali gus mengulangi gesaan supaya 70 peratus penduduk divaksinas­i di setiap negara menjelang pertengaha­n tahun depan.

Dalam pada itu, Tedros berharap temasya Sukan Olimpik kali ini akan membawa mesej harapan.

“Semoga temasya sukan ini menjadi detik yang menyatukan dunia serta menyemarak­kan solidariti dan tekad untuk bersama-sama menamatkan pandemik ini,” katanya. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia