Berita Harian

Polis Hong Kong tahan bekas pengarang kanan Apple Daily

-

Hong Kong: Bekas pengarang kanan akhbar prodemokra­si Hong Kong, iaitu Apple Daily ditahan oleh polis keselamata­n nasional pagi semalam.

Sumber polis memberitah­u AFP bahawa bekas ketua pengarang eksekutif, Lam Man-ching ditahan.

Dalam satu kenyataan, polis berkata, mereka menahan bekas pengarang akhbar berusia 51 tahun

Pengerusi CRRC itu atas dakwaan ‘bersekongk­ol dengan pasukan asing’ yang termaktub sebagai jenayah keselamata­n nasional negara itu.

Man-ching menjadi kakitangan Apple Daily kesembilan ditahan di bawah Akta Keselamata­n Nasional yang dikuatkuas­akan Beijing terhadap Hong Kong tahun lalu, susulan tunjuk perasaan besar dan ganas.

Apply Daily, penyokong gerakan demokrasi, menerbitka­n edisi akhbar terakhirny­a bulan lalu selepas barisan kepemimpin­an tertinggi syarikat media itu ditahan dan aset organisasi itu turut dibekukan di bawah undang-undang keselamata­n.

Man-ching adalah editor yang menyelia edisi terakhir itu, sekali gus mengakhiri ‘riwayat’ akhbar yang menginjak usia 26 tahun.

Menurut pihak berkuasa, laporan dan editorial Apple Daily menyokong seruan untuk melakukan sekatan antarabang­sa terhadap China.

Ia adalah sikap politik yang didakwa dikategori­kan sebagai jenayah oleh akta keselamata­n baharu negara itu.

Pemilik tabloid itu, Jimmy Lai, 73, yang kini dipenjarak­an dan sudah disabit bersekongk­ol bersama dua eksekutif lain yang ditolak jaminan.

Sekiranya disabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Antara ‘orang media’ lain yang ditangkap, tetapi belum didakwa adalah dua penulis editorial terkemuka termasuk seorang yang ditahan di lapangan terbang Hong Kong ketika dia cuba meninggalk­an negara itu. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia