Berita Harian

Kebenaran sambung ‘shooting’ sahaja

- Oleh Zaidi Mohamad dan Serimah Mohd Sallehuddi­n

Wajah Layla yang mewakili artis wanita Malaysia dan Singapura dipaparkan di papan iklan digital Times Square, New York.

Kerja penggambar­an hanya diberi kepada syarikat produksi yang hanya mahu menyambung proses pembikinan kandungan.

FINAS perjelas penggambar­an pada fasa kedua PPN bukan untuk produk baharu bhhip@bh.com.my

Kebenaran melakukan aktiviti penggambar­an di luar studio hanya dibuat berperingk­at dengan tertakluk kepada syarikat penerbitan yang mempunyai baki kerja atau ‘job’ tertangguh, bukan untuk penghasila­n produk baharu.

Selain itu, semua pekerja termasuk artis dan kru diwajibkan melengkapk­an dua dos suntikan vaksin COVID-19 sebagai syarat kembali ke lokasi penggambar­an.

Ketua Pegawai Operasi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berkata aktiviti penggambar­an belum dibuka secara menyeluruh bagi mengimbang­i faktor ekonomi dan keselamata­n pelaku.

“Pada asasnya, kerja penggambar­an belum dibenarkan pada fasa kedua, sebaliknya, pada fasa ketiga dan keempat.

“Tetapi, atas inisiatif Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan FINAS, kami merayu kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) memberi kebenaran agar penerbit yang tertekan kerana penggambar­an tersangkut, boleh menyelesai­kan kerja tertangguh,” katanya kepada HIP.

Sebelum ini, kerajaan dilaporkan memberi kebenaran aktiviti penggambar­an di luar studio dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat pada fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata, kelulusan aktiviti penggambar­an pada fasa kedua PPN berpanduka­n kepada pelaksanaa­n syarat ketat di bawah Protokol Gelembung Penggambar­an (PREP) yang dikawal selia FINAS.

Ahmad Idham berkata, sebelum ini, ramai penerbit mengambil mudah dan tidak bertanggun­gjawab hingga wujudnya penularan dalam kalangan pelakon serta tenaga produksi.

“Malah, ada syarikat produksi beroperasi tanpa lesen. FINAS terpaksa bersikap lebih tegas kali ini dengan membuat pemantauan lebih ketat aktiviti ‘shooting’ kemungkina­n setiap hari.

“Disebabkan itu, kita masih belum boleh membuka penggambar­an kepada semua syarikat produksi. Kita hanya fokus kepada syarikat penerbitan berskala kecil.

“Penggambar­an filem dan sebagainya masih belum dibenarkan. Projek ini membabitka­n ramai orang dan ada kecenderun­gan mencetuska­n risiko lebih besar,” katanya.

Ahmad Idham berkata, FINAS tidak berkomprom­i dengan syarat berkaitan dua dos suntikan vaksin bagi syarikat produksi yang mahu menyambung kerja penggambar­an.

“Mana-mana syarikat produksi yang gagal memenuhi garis panduan berhubung vaksin tidak akan dibenarkan memulakan penggambar­an.

“Tiada kelonggara­n fasa kedua PPN kerana pada asasnya, kita tidak membenarka­n kerja penggambar­an. Jadi, kita perketatka­n SOP bagi memastikan ekonomi bergerak,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai SOP diperketat­kan yang dikenakan terhadap syarikat produksi yang mahu menyambung kerja penggambar­an, Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM), Datuk Jurey Latiff Rosli, berkata, syarat itu meletakkan mereka dalam dilema.

“Kami tiada masalah untuk mematuhi garis panduan, namun, syarat memastikan kru dan pelakon mendapat dua dos vaksin COVID-19 adalah di luar kawalan.

“Ada antara kru dan artis sudah mendaftar melalui aplikasi Mysejahter­a, tetapi belum mendapati tarikh janji temu.

“Untuk memastikan semua petugas sudah mendapat dua suntikan vaksin, penggambar­an tidak dapat dibuat pada waktu terdekat.

Siapa untuk

“Tambahan pula, tempoh antara dos pertama dan kedua, kita perlu menunggu hingga tiga minggu,” katanya.

Mencadangk­an penyelesai­an isu vaksin COVID-19 kepada penggiat seni, Jurey berkata, syor menjadikan Kompleks FINAS di Hulu Klang sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) perlu disegeraka­n.

Tambahnya, andai syarat dua dos suntikan vaksin COVID-19 dilonggark­an kepada satu suntikan sahaja, lebih banyak syarikat produksi yang perlu menyambung penggambar­an, dapat bekerja.

Selain itu, Jurey berharap FINAS menimbangk­an pemberian semula Insentif Saringan Prihatin sebanyak RM5,000 kepada syarikat produksi untuk menjalanka­n ujian calitan.

Tambahnya, syarikat produksi memerlukan modal RM10,000 setiap kali memulakan kerja penggambar­an bagi melakukan ujian calitan dua kali iaitu sebelum dan selepas penggambar­an.

Sementara itu, Siti Rosmizah Semail iaitu penerbit drama Cukup Derita Itu yang perlu menyambung penggambar­an selepas kerja ‘tergantung’, mengaku sukar meneruskan hajat kembali ke lokasi ‘shooting’.

“Dalam senarai kami, ramai pekerja belum mendapatka­n suntikan vaksin COVID-19 lengkap. Kerja penggambar­an hanya boleh

Ahmad Idham senarai main (playlist) tempatan mewakili artis dari lebih 50 negara dikategori­kan.

Selain itu, playlist mewakili EQUAL Global Terbaik juga dipaparkan mewakili muzik dari artis sejagat.

Layla atau nama penuh, Layla Sania Khairuzikr­i bersyukur diberi peluang menjayakan kempen EQUAL.

“Ini sangat bermakna bagi karier nyanyian saya... Tidak pernah membayangk­an melihat diri sendiri dipaparkan pada papan iklan digital itu sama seperti Yuna dan barisan artis antarabang­sa lain,” katanya.

Layla berterima kasih kepada Spotify atas peluang keemasan itu.

“Saya amat terharu dan berharap ini boleh dijadikan inspirasi kepada pemuzik wanita lain. diteruskan apabila semua orang sudah mendapat vaksin... Ini akan mengambil masa.

“Seperkara lagi, kami perlu menukar lokasi penggambar­an mengikut kawasan fasa kedua PPN yang kebanyakan­nya di luar daerah. Sebelum ini, lokasi penggambar­an drama ini hanya di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi meminta penggiat seni yang kembali bekerja agar mematuhi SOP setiap masa.

“Jangan ambil mudah soal SOP. Ruang sudah dibuka untuk bekerja dan meneruskan kelangsung­an hidup. Fikirkan setiap kelalaian menyusahka­n semua pihak,” katanya.

Presiden Persatuan Pekerja Profesiona­l Filem Malaysia (PROFIMA), Khir Mohd Noor berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap individu melanggar SOP.

“Saya harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas jika penggiat seni tidak mematuhi SOP. Jangan kira artis hebat atau tidak. Beri saman jika ingkar dan jangan fikir golongan seni ini kebal,” katanya.

Khir juga mencadangk­an agar kru dan pelakon hanya dibenarkan bekerja dengan sebuah syarikat produksi pada suatu masa.

“Mereka tidak boleh ‘lompat’ dua atau tiga syarikat produksi kerana SPP dikeluarka­n hanya pada sebuah syarikat produksi. Kalau ini berlaku, diambil tindakan kepada yang ingkar,” katanya.

Kita ada kekuatan untuk mengubah dunia, tidak kira siapa diri kita dan di mana sahaja kita berada.

“Terima kasih kepada peminat yang setia memberi dorongan. Tidak ketinggala­n rakan media yang menyokong kerjaya saya sejak mula,” katanya.

Penyanyi berusia 19 tahun naungan Warner Music itu adalah bekas pelajar di SMJK(C) Chong Hwa, Kuala Lumpur dan terkenal dengan kemampuan menyanyika­n lagu Mandarin.

Layla melancarka­n single pertama dalam bahasa Mandarin berjudul By Your Side, Januari lalu.

Layla pernah muncul dengan dua single dalam bahasa Malaysia berjudul Lakaran pada Mac tahun lalu dan Que Sera Sera pada 2019.

 ?? (Foto Ihsan Warner Music Malaysia) ??
(Foto Ihsan Warner Music Malaysia)
 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia