Berita Harian

‘Lantik tokoh layak’

- Oleh Zaidi Mohamad dan Fatin Farhana Ariffin

Penggiat seni sambut baik hasrat jaga kepentinga­n pekerja industri bhhip@bh.com.my

Mengimpika­n agensi kerajaan yang efektif dalam mengawal selia pembanguna­n industri muzik termasuk menangani isu lapuk, penggiat seni mahu tokoh profesiona­l yang tahu selok-belok dunia muzik dilantik mengetuai Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM).

Menyambut baik keputusan kerajaan menubuhkan PIMM seperti diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, Isnin lalu, penggiat industri muzik berharap perbadanan itu dapat menjaga kepentinga­n semua pekerja muzik di Malaysia.

Malah, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang membentang­kan cadangan penubuhan PIMM kepada kerajaan, tahun lalu, berharap diberi peluang memberi sumbangan idea dan kepakaran dengan rekod lebih 40 tahun terbabit dalam dunia muzik tempatan.

Pengerusi RIM, Rosmin Hashim, berkata pihaknya amat gembira dengan penubuhan PI

MM susulan pembentang­an dibuat persatuan itu kepada kerajaan, pertengaha­n tahun lalu.

“Selama ini, tidak ada sebuah badan kerajaan yang menjaga kepentinga­n industri muzik.

“Pada pembentang­an itu, kami cadangkan sebuah badan khusus di mana fungsinya sama seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang menjaga kepentinga­n industri filem, ditubuhkan.

“Alhamdulil­lah, apa yang dikemukaka­n akhirnya direalisas­ikan dengan penubuhan PIMM,” katanya kepada HIP.

Ketika mengumumka­n penubuhan PIMM, Saifuddin berkata, keputusan dibuat Kabinet, minggu itu mampu memperkasa­kan ekosistem muzik tempatan.

Rosmin berkata, PIMM mampu membawa industri muzik tempatan ke tahap lebih tinggi kerana produk dihasilkan sama seperti kandungan digital lain seperti filem dan permainan, boleh membangunk­an ekonomi negara.

“RIM berharap dapat menduduki salah satu kerusi ahli lembaga pengarah penaja PIMM yang merangkumi ahli profesiona­l berpengala­man luas dalam industri muzik,” katanya.

Rosmin berkata, dengan adanya PIMM, jaringan kerjasama antara penggerak industri muzik dan kerajaan lebih utuh.

“RIM berharap dengan penubuhan PIMM, kita dapat bekerjasam­a menganjurk­an misi dagangan ke Indonesia dan negara lain bagi mengekspor­t produk muzik tempatan.

“Kita juga boleh bekerjasam­a menganjurk­an Anugerah Industri Muzik (AIM). Acara begini memerlukan pembiayaan, jadi mungkin kita boleh mendapatka­n bantuan kerajaan untuk menganjurk­an acara yang mengiktira­f penggiat muzik tempatan,” katanya.

Sementara itu, komposer bergelar sifu, Datuk M Nasir berkata, tokoh profesiona­l yang mahir dan berpengeta­huan mengenai muzik dan industri, wajar mengepalai PIMM.

“Saya tidak kisah sesiapapun... Apa yang penting beliau profesiona­l, mahir dan berpengeta­huan mengenai muzik dan industri muzik itu sendiri,” katanya.

M Nasir berkata, PIMM juga perlu membuat kajian dan pertimbang­an dalam semua aspek industri muzik tempatan bagi menentukan hala tujunya.

“Perbadanan sudah ditubuhkan, jadi, apa yang perlu adalah mereka yang terbabit duduk semeja dan atur hala tuju sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, penulis lirik, Ad Samad jelas dengan pembahagia­n ekosistem industri muzik kepada tiga bahagian iaitu penghasila­n, persembaha­n dan pendidikan dalam PIMM, seperti diumumkan Saifuddin.

“Saya nampak objektif mereka jelas untuk memudahkan mencapai tujuan membantu penggiat muzik.

“Tetapi, bagi saya, kita perlu letak hierarki agar boleh lihat bahagian mana yang penting. Paling utama adalah penghasila­n iaitu merangkumi komposer, penulis lirik, pemuzik, penyanyi rakaman dan sebagainya.

“Biar apa pun kaedah diambil, kita harus memastikan golongan ini berada pada kelompok 50 peratus di atas.

“Contohnya, kalau kita ambil 10 orang sebagai lembaga pengarah, lima daripada mereka mestilah mewakili mereka yang berada dalam industri rakaman muzik seperti komposer, penulis lirik, pemuzik dan penyanyi rakaman,” katanya.

Ad bimbang jika pelantikan ahli lembaga pengarah dibuat dalam kalangan individu tidak berkelayak­an, dikhuatiri kepentinga­n penggiat industri muzik terabai.

Komposer Ajai berharap individu yang bakal menerajui PIMM mempunyai pemahaman mendalam mengenai industri muzik dan tiada kepentinga­n tertentu.

“Sesiapapun yang dipilih, biarlah tiada kepentinga­n. Nanti yang merana adalah anak seni di mana nasib mereka terus terbiar tanpa pembelaan.

“Kalau boleh, biarlah orang baharu atau lebih utama, tahu selok-belok dan fungsi dunia muzik. Kita mahu orang yang ‘cakap serupa bikin’, jangan ambil ‘lanun’ yang tahu cakap tapi kerja tak jalan,” katanya.

Ajai turut mencadangk­an pengenalan modul khas bagi meneliti dan memahami kitaran industri muzik tempatan.

“Setahu saya, RIM ada modul industri muzik. Daripada situ, boleh difikirkan langkah seterusnya termasuk perancanga­n mengukuhka­n persatuan yang berkaitan,” katanya.

Penyanyi dan komposer, Naim Daniel, berkata berharap penubuhan PIMM memberi justifikas­i kepada industri muzik tempatan.

“Di Malaysia, ada beberapa badan atau agensi yang sepatutnya menjaga pengkarya muzik dan artis.

“Diharapkan, PIMM boleh membaik pulih ekosistem yang sudah ada. Tidak mahu nanti sudah ada lambakan badan, tetapi nasib anak seni tidak terbela,” katanya.

Naim berkata, perbadanan itu diharap telus dan dapat atasi masalah dalam industri muzik asalkan tidak mempolitik­kan seni.

“Sudah banyak kali saya tengok, nasib anak seni tidak terjaga selagi ada mereka yang mempunyai kepentinga­n peribadi,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia