Berita Harian

Azreen Nabila pernah diketepika­n

-

Kuala Terengganu: Pelari pecut wanita negara, Azreen Nabila Alias 21, pernah diketepika­n dalam skuad olahraga Terengganu ketika persiapan menyertai kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada usia 14 tahun kerana saiz fizikalnya yang kecil.

Namun siapa sangka, berkat keazaman dan usaha berterusan bekas pelajar Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas (SSTBN) itu akhirnya membuahkan hasil apabila dia bakal membuat penampilan pertama di pentas tertinggi dunia pada 30 Julai ini.

Kisah Olahragawa­ti Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 kelahiran Kampung Saujana, Setiu itu dikongsi bekas jurulatihn­ya, Mohd Nizam Md Yusop, 44, ketika beliau membimbing Azreen Nabila di SSTBN bermula di Tingkatan Satu hingga Lima.

Menurut Nizam, penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi itu seorang atlet yang bersemanga­t tinggi, selain tidak banyak kerenah, sekali gus membuktika­n dia mampu berjaya walaupun fizikalnya kecil sehingga dapat memecah serta memegang rekod kebangsaan MSSM Bawah 15 Tahun (B-15) dengan catatan 12.17 saat (s), rekod MSSM B-18 (12.02s) dan rekod SUKMA (11.81s) yang dilakukann­ya pada 2018.

“Cuma rekod kebangsaan milik G Shanti sejak 28 tahun lalu dengan catatan masa 11.50s belum dapat dipecahkan lagi.

“Saya bimbing bermula dia Tingkatan Satu pada 2013. Ketika berada di Tingkatan Empat, Azreen terpilih bawah Program Pelapis Kebangsaan, tapi masih berlatih di SSTBN sebelum menyambung pelajaran di Bukit Jalil selepas tamat Tingkatan Lima.

“Kini siapa sangka bakat yang pada mulanya tidak begitu menonjol, akhirnya selepas digilap mampu beraksi dengan pelari terbaik dunia pada Sukan Olimpik nanti walaupun terpilih secara ‘wild card’ dalam acara pecut 100 meter,” kata Nizam.

Kuala Lumpur: Ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi akan memakai leotard berwarna jingga hasil rekaannya sendiri apabila membuat penampilan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang membuka tirai secara rasmi, esok.

Menerusi video yang dimuat naik di ruangan Instastory miliknya semalam, atlet berusia 27 tahun itu menunjukka­n leotard yang akan dipakainya dihiasi batu kristal bermotifka­n harimau sebagai simbol Harimau Malaya.

“Membawa semangat Harimau

Malaya di

Tokyo, Jepun.

Pandangan dari dekat leotard yang saya reka. sudah pasti diinspiras­ikan daripada Harimau Malaya,” katanya menerusi keterangan pada video berkenaan.

Sebagai rekod, ini adalah penampilan pertama Farah di pentas Olimpik selepas layak secara merit menerusi aksi cemerlangn­ya di Kejohanan Dunia di Stuggart, Jerman pada Oktober 2019, sekali gus menamatkan kemarau 16 tahun gimnas negara layak ke temasya terbesar dunia itu. Dia menjadi gimnas ketiga negara menempah tiket ke Olimpik selepas kali terakhir gimnas lelaki, Ng Shu Wai beraksi pada Sukan Olimpik 2004 di Athens.

Seorang lagi gimnas wanita negara yang pernah ke pentas Olimpik ialah Au Li Yen pada Olimpik 2000 di Sydney.

Farah dijadual turun memulakan aksinya di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo, Ahad ini.

Atlet berasal dari Selangor itu berkata, dia memerlukan masa untuk menyesuaik­an diri dengan peralatan yang akan digunakan pada pertanding­an nanti dan sudah dua kali berpeluang menjalani latihan di venue pertanding­an.

“Aparatus sangat menakjubka­n, tetapi berbeza dengan apa yang ada di Malaysia. Jadi, perlukan sedikit masa untuk menyesuaik­an diri,” katanya yang tiba di Tokyo, Ahad lalu.

Azreen Nabila

Farah Ann

Leotard rekaan Farah Ann dihiasi batu kristal bermotifka­n harimau dipamerkan di ruang Instastory­nya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia