Berita Harian

Aaron-wooi Yik tekad langkah kanan

- Oleh Helmi Talkah

Pasangan negara mahu benam gandingan Korea Selatan Sabtu ini helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-soh Wooi Yik tidak rela tewas pada perlawanan pertama mereka di pentas Sukan Olimpik apabila bakal membuka tirai saingan temasya di Tokyo menentang pasangan Korea Selatan, Choi Solgyu-seo Seungjae, Sabtu ini.

Aaron berkata, aksi pertama dalam saingan Kumpulan D itu sangat penting untuk mereka memburu kemenangan, sekali gus meningkatk­an tahap keyakinan bagi mengharung­i aksi di Tokyo.

Katanya, walaupun Solgyiuseu­ngjae pada rangking lebih baik berbanding mereka apabila berada di kedudukan kelapan dunia, manakala mereka ketinggala­n satu tangga di belakang, namun ia bukan ukuran sebenar.

“Peluang adalah 50-50 apabila menentang pasangan Korea itu. Adalah penting untuk kami melakukan persiapan terbaik sebelum perlawanan pertama pada Olimpik kali ini.

“Perlawanan pertama sangat penting untuk setiap pemain dalam mana-mana kejohanan. Ia bagi meningkatk­an lagi keyakinan dan motivasi untuk menghadapi perlawanan seterusnya,” kata Aaron yang tiba di Tokyo Ahad lalu bersama skuad badminton negara.

Selain pasangan Korea itu, Aaron-wooi Yik yang muncul naib juara Seluruh England 2019, turut akan berdepan pasangan nombor dua dunia dari Indonesia, Hendra Setiawanmo­hammad Ahsan (INA) dan beregu Kanada, Jason Anthony Ho-nyi Yakura dalam saingan Kumpulan D.

Di sebalik tekanan yang dihadapi bagi memulakan aksi pertama, Aaron mengakui dia tetap teruja untuk membuat penampilan pertama di pentas Olimpik.

“Kami sudah menguji

Aaron Chia-soh Wooi Yik mahu memburu kemenangan berdepan pasangan Korea Selatan, Choi Solgyu-seo Seungjae, Sabtu ini.

gelanggang utama (di Musashino Forest Sport Plaza) dan dalam proses menyesuaik­an diri dengan keadaan gelanggang.

“Namun, setakat ini semuanya berjalan lancar dan kami tidak sabar untuk beraksi,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia