Berita Harian

Kadar penduduk dewasa terima dos lengkap vaksin sudah melepasi 50 peratus

-

Malaysia mencatatka­n kes positif COVID-19 harian tertinggi dua hari berturut-turut apabila 22,948 kes dilaporkan semalam berbanding kelmarin, 22,242 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsik­an ringkasan laporan di akaun Facebook, berkata ketika ini jumlah keseluruha­n kes jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 1,489,460.

Sembilan negeri dan wilayah mencatatka­n kes empat angka, didahului Selangor dengan 7,175 kes jangkitan harian.

Ia disusuli Sabah dengan 2,583 kes; Kedah (2,137); Pulau Pinang (1,655); Johor (1,526); Kuala Lumpur (1,439); Kelantan (1,271); Perak (1,229) dan Sarawak, 1,206 kes.

Negeri lain turut mencatatka­n pertambaha­n kes, iaitu Melaka dengan 737 kes; Pahang (736); Terengganu (621); Negeri Sembilan (556); Perlis (42); Putrajaya (26) dan Labuan mencatatka­n kes harian terendah, sembilan kes.

Dalam pada itu, kes sembuh mencatatka­n rekod tertinggi semalam, dengan 21,720 kes.

Pertambaha­n itu menjadikan jumlah kes sembuh kini 1,220,446 atau 81.94 peratus daripada sejumlah 1,489,460 kes positif, setakat ini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada kes positif COVID-19 harian yang dilaporkan semalam, sembilan daripadany­a adalah kes import, manakala sebanyak 22,939 adalah penularan tempatan.

Katanya, 178 kes kematian juga dilaporkan, menjadikan jumlah kes kematian membabitka­n COVID-19

kini mencecah 13,480 kes.

Seramai 1,060 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 528 memerlukan bantuan pernafasan, manakala kes aktif sebanyak 255,534 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, kajian oleh Jabatan Penerangan mengenai reaksi kelonggara­n prosedur operasi standard (SOP) terpaksa ditamatkan awal daripada tarikh sebenar, berikutan maklum balas yang memberangs­angkan daripada orang ramai.

Jabatan itu memaklumka­n, kajian reaksi yang sepatutnya dijalankan sehingga esok perlu ditamatkan kerana kapasiti jawapan sudah melebihi daripada dibenarkan.

“Jabatan Penerangan mengucapka­n terima kasih kepada semua responden yang memberikan maklum balas dan kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.

“Terima kasih kepada BH yang membantu menghebahk­an kepada orang ramai mengenai kajian ini,” menurut kenyataan jabatan itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia