Berita Harian

Umpama dilanda tsunami kecil

Air deras luar biasa ‘mengganas’ akibatkan pokok, jambatan runtuh sekelip mata

- bhnews@bh.com.my Oleh Samadi Samad, Noorazura Abdul Rahman, Zuliaty Zulkiffli dan Zuhainy Zulkiffli

Fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampira­n Gunung Jerai, di sini petang kelmarin umpama ‘tsunami’ kecil susulan keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibat­kan pokok serta jambatan runtuh sekelip mata.

Begitulah yang diceritaka­n penduduk, Salwa Md Isa, 34, apabila melihat air deras luar biasa di sungai berhampira­n rumahnya ketika kejadian kepala air dari puncak Gunung Jerai ‘mengganas’ sehingga mengakibat­kan banjir besar di kawasan sekitarnya.

Fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampira­n Gunung Jerai, di sini petang kelmarin umpama ‘tsunami’ kecil susulan keadaannya yang berombak kuat sehingga mengakibat­kan pokok serta jambatan runtuh sekelip mata.

Begitulah yang diceritaka­n penduduk, Salwa Md Isa, 34, apabila melihat air deras luar biasa di sungai berhampira­n rumahnya ketika kejadian kepala air dari puncak Gunung Jerai ‘mengganas’ sehingga mengakibat­kan banjir besar di kawasan sekitarnya.

“Sepanjang saya membesar di kampung ini, ia kali pertama berlaku kejadian seperti ini. Kepala air ini sudah biasa berlaku tetapi tidaklah sehingga jambatan dan jalan runtuh, kereta hanyut serta ada yang meninggal. Saya rasa sangat takut,” katanya kepada media, di Kampung Setol, di sini kelmarin.

Sementara itu, Ismail Yusof, 42, tidak menyangka rumahnya dilanda banjir kilat yang disertai lumpur teruk berikutan kejadian kepala air yang berlaku kelmarin.

Katanya, biasanya banjir yang masuk ke dalam rumah disertai air jernih, tetapi kali ini ia turut disertai lumpur tanah merah yang dipercayai dari atas gunung.

Katanya, pada mulanya dia mendengar deruan kuat dari arah Gunung Jerai yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya tetapi tak sangka ia kepala air.

“Air masuk dengan laju ke dalam rumah dan ia bagaikan ‘tsunami’ kecil, namun saya bersyukur kerana kami sekeluarga selamat dalam kejadian ini,” katanya.

Siak masjid, Ahmad Sharihuddi­n Hassan, 43, bersyukur selepas terselamat daripada dihanyutka­n banjir besar.

Ahmad Sharihuddi­n berkata, beliau terperangk­ap dalam arus deras dan hampir hanyut selepas mengemas barang masjid.

“Saya dan ahli-ahli masjid alihkan barangan itu agar lebih selamat, namun tidak menyangka keadaan di luar masjid semakin buruk,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Pekan, semalam.

Dalam kejadian petang kelmarin, empat orang meninggal dunia, manakala seorang selamat dan dua masih hilang.

Mangsa pertama yang ditemui maut adalah pekerja Jerai Hill Resort, Sharuzi Mohamad, 53, selepas dihanyutka­n kepala air dari puncak Gunung Jerai.

Mayat mangsa ditemui pada jarak 200 meter dari pusat peranginan terbabit di sebalik timbunan ranting kayu, daun dan lumpur pada jam 10.35 malam kelmarin.

Turut maut akibat dibawa arus kepala air ialah Zahinor Murad, 65, yang ditemukan pada jam 12.10 tengah malam kelmarin dan Ahmad Din, 64, yang ditemukan kira-kira jam 6.30 petang Rabu.

Mangsa keempat yang maut dalam kejadian banjir dan tanah runtuh ditemukan di Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Sungai Udang, di sini pada jam 3.10 petang, semalam.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, berkata mayat Mohamad Faizal Mohd Zohir, 28, yang hilang di Titi Hayun, ditemukan selepas pihaknya meluaskan kawasan operasi mencari dan menyelamat.

“Dua lagi mangsa masih hilang iaitu seorang di kawasan Titi Hayun dan seorang di Batu Hampar. Operasi ini (membabitka­n) jarak panjang antara enam hingga tujuh kilometer.

“Kepala air itu turun bersama sisa hutan, ada kemungkina­n mangsa tertindih atau tertimbus, memerlukan pencarian teliti dengan bantuan Unit Anjing Pengesan K9,” katanya kepada media selepas meninjau lokasi kejadian di Titi Hayun, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga menggunaka­n dua unit dron dari JBPM Kedah untuk memantau operasi pencarian dari udara dan kaedah itu diharap dapat mempercepa­t proses mengesan dua lagi mangsa yang masih hilang.

Adik kepada Zahinor iaitu Abdullah Murad, 64, mengalami kecederaan selepas ditemukan dalam keadaan berlumpur dan kawasan berbatu.

Sementara itu, tinjauan di kawasan yang terjejas akibat banjir kilat dan kepala air di kawasan berhampira­n Gunung Jerai dan Titi Hayun di sini mendapati, kesan kayu balak yang dibawa arus deras semalam masih kelihatan.

Penduduk kampung berhampira­n juga sedang membersihk­an kawasan rumah masingmasi­ng akibat kesan kepala air yang berlaku.

Air masuk dengan laju ke dalam rumah dan ia bagaikan ‘tsunami’ kecil, namun saya bersyukur kerana kami sekeluarga selamat dalam kejadian ini Ismail Yusof, Penduduk

 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir/ BH) ?? Pusat Peranginan Alang Kenari dekat Titi Hayun terjejas teruk dan kebanyakan bilik rosak dan persekitar­annya dipenuhi timbunan batang kayu, ranting, daun dan lumpur selepas dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air berhampira­n Gunung Jerai, petang kelmarin.
(Foto Luqman Hakim Zubir/ BH) Pusat Peranginan Alang Kenari dekat Titi Hayun terjejas teruk dan kebanyakan bilik rosak dan persekitar­annya dipenuhi timbunan batang kayu, ranting, daun dan lumpur selepas dilanda banjir kilat akibat fenomena kepala air berhampira­n Gunung Jerai, petang kelmarin.
 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir/bh) ?? Pusat peranginan Alang Kenari dekat Titi Hayun yang terjejas akibat fenomena kepala air di Yan, semalam.
(Foto Luqman Hakim Zubir/bh) Pusat peranginan Alang Kenari dekat Titi Hayun yang terjejas akibat fenomena kepala air di Yan, semalam.
 ?? (Foto Danial Saad/bh) ?? Keadaan rumah penduduk di Taman Lembah Merbok, Tupah yang terjejas.
(Foto Danial Saad/bh) Keadaan rumah penduduk di Taman Lembah Merbok, Tupah yang terjejas.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ahmad Sharihuddi­n bersama isteri, Yazatulrah­ida Yahya membersihk­an rumah mereka di Kampung Seberang Pekan Yan, semalam.
(Foto BERNAMA) Ahmad Sharihuddi­n bersama isteri, Yazatulrah­ida Yahya membersihk­an rumah mereka di Kampung Seberang Pekan Yan, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia