Berita Harian

PN calon Ismail Sabri PM baharu

Persetujua­n syaratkan Kabinet dianggotai individu berintegri­ti, amanah, tiada tuduhan jenayah

-

Keputusan ini juga bermakna PN lebih utamakan kestabilan politik dan kesejahter­aan rakyat berbanding politik dendam dalam persaingan merebut kuasa Muhyiddin Yassin,

Pengerusi PN

Perikatan Nasional (PN) bersetuju mencalonka­n Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu dengan syarat, pelantikan Kabinet kelak adalah dalam kalangan mereka yang berintegri­ti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan persetujua­n itu dicapai semua 50 Ahli Parlimen PN, terdiri daripada BERSATU (31), PAS (18) dan seorang daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang menyerahka­n akuan bersumpah (SD) ke Istana Negara, kelmarin.

Beliau berkata, turut menyokong Ismail Sabri adalah empat ahli Parlimen Bebas.

Muhyiddin menjelaska­n, keputusan sama juga dicapai hasil rundingan dengan pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang sebelum ini bersama dalam kerajaan PN.

“Keputusan ini dibuat demi menjamin kesinambun­gan dasar kerajaan PN yang sedang menumpukan kepada usaha memerangi COVID-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum (PRU) bagi mengembali­kan mandat kepada rakyat.

“Ini juga bermakna PN lebih mengutamak­an kestabilan politik dan kesejahter­aan rakyat berbanding politik dendam dalam persaingan merebut kuasa,” katanya dalam kenyataan, semabeliau lam. juga berharap, proses pelantikan Perdana Menteri yang baharu berjalan lancar dan dimuktamad­kan dalam masa termenurut dekat kehendak Perlempers­ekutuan. bagaan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia