Berita Harian

Dua faktor GPS tak sokong Mohd Shafie jadi PM

-

Keutamaan kepada kepentinga­n Sarawak serta persepsi Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menjadi sekutu DAP, disifatkan punca bekas Ketua Menteri Sabah itu gagal menarik sokongan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri.

Pensyarah Kanan Ilmu Politik dan Ketua Penyelidik GEOPES (Sabah Geo-politics & Electoral Studies) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Zaini Othman, melihat dua faktor utama itu punca GPS tidak menzahirka­n sokongan terhadap Mohd Shafie.

Katanya, ketika pembentuka­n GPS selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), antara lain parti itu menyatakan prinsip perjuangan­nya No DAP.

“Justeru, sekiranya GPS menyokong Shafie selaku calon perdana menteri, bermakna GPS secara tidak langsung melanggar prinsip No DAP yang mereka dokong dan kita tahu WARISAN yang dipimpin Shafie sama ada di peringkat Sabah atau Persekutua­n, sangat dekat berasosias­i dengan DAP.

“Selain itu, strategi jajaran politik yang dibentuk GPS selepas PRU-14, jelas bersifat mengutamak­an kepentinga­n Sarawak dahulu. Ia diperkukuh­kan lagi apabila GPS bersekutu dengan Perikatan Nasional (PN) selepas keruntuhan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad pada Februari 2020.

“GPS dan asosiasi dengan PN selepas PH dilihat dalam banyak hal khususnya yang bersifat Sarawak Interests First dapat diperjuang­kan dengan baik, khususnya aspek terkait kuasa hak kewangan, ekonomi dan identiti Sarawak dalam kerangka Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) berbanding pentadbira­n politik sebelum ini.

“Justeru, GPS tidak mahu kepentinga­n diusahakan itu ‘terencat' sekiranya beralih jajaran ikatan politik.

“Atas situasi tersebut saya lihat ia pertimbang­an utama mengapa GPS tidak memberi sokongan kepada Mohd Shafie selaku calon Perdana Menteri kesembilan, walaupun kedua-duanya dari Borneo,” katanya.

Di Kuching, 17 Ahli Parlimen GPS mengesahka­n kepada Yang di-pertuan Agong, sokongan mereka kepada Perdana Menteri kesembilan dibuat atas rela hati.

Ketua Whip GPS, yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, bagaimanap­un enggan mendedahka­n nama calon Perdana Menteri yang disokong oleh GPS.

Katanya, turut menyertai mereka dalam sesi menghadap secara maya dari Kuching ialah Ahli Parlimen Bebas dari Lubok Antu, Jugah Muyang, menjadikan ahli Parlimen dari GPS seramai 18 orang.

Katanya, Ahli Parlimen Bintulu merangkap Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing, menghadap Yang di-pertuan Agong di Istana Negara kerana beliau berada di Kuala Lumpur.

“Kami 18 orang mengesahka­n sudah memilih calon Perdana Menteri kesembilan. Calon yang dipilih atas rela hati setiap Ahli Parlimen GPS dan seorang Ahli Parlimen Bebas,” katanya selepas selesai menghadap Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, secara maya dari Hotel Waterfront, di sini semalam bagi mempersemb­ahkan pengesahan akuan bersumpah (SD) terhadap Perdana Menteri kesembilan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, secara terbuka mengesahka­n memberi sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia