Berita Harian

‘Diberi masa dua minit menghadap Seri Paduka’

-

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen diberi masa antara satu hingga dua minit untuk menghadap Yang di-pertuan Agong di Istana Negara, semalam.

Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Sharif, berkata dalam sesi itu mereka diminta memaklumka­n calon Perdana Menteri yang diberi sokongan bagi mengesahka­n surat perakuan yang dihantar kelmarin.

“Ambil masa kira-kira seminit dua sahaja. Kami diminta memperkena­lkan diri, mewakili Parlimen mana dan siapa calon sokongan.

“Sesi dijalankan seorang demi seorang bersama Yang di-pertuan Agong,” katanya kepada BH.

Salim juga mengesahka­n Timbalan Yang di-pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang juga Sultan Perak tidak bersama pada sesi itu.

Semalam, seramai 114 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), PAS dan Bebas menghadap Seri Paduka secara berperingk­at.

Isyarat jelas Naib Presiden UMNO miliki majoriti untuk dilantik Perdana Menteri

Kuala Lumpur: Pengesahan sokongan oleh 114 ahli Parlimen di hadapan Yang di-pertuan Agong semalam, mencermink­an isyarat jelas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata soal tarikh angkat sumpah jawatan terpulang kepada kebijaksan­aan Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.

“Semua ahli Parlimen ditemuduga seorang demi seorang secara ringkas oleh Seri Paduka.

“Setiap ahli Parlimen menyatakan nama dan dari kawasan mana, kemudian nyatakan sokongan kepada Ismail Sabri dibuat tanpa paksaan dan dengan sukarela.

“Dengan jumlah 114 ahli Parlimen ini, kita maklum dengan kedudukan majoriti dimiliki Ismail Sabri,” katanya kepada pemberita selepas selesai menghadap Agong, semalam.

Ahmad berkata, pengalaman ditemu duga Agong bagi mengesahka­n sokongan kepada calon Perdana Menteri adalah penting bagi semua ahli Parlimen terbabit.

“Mudah-mudahan selepas ini ada kerajaan yang terus dapat membela rakyat, menangani isu COVID-19.

“Apabila keadaan stabil dan imuniti kelompok dicapai, kita kembalikan mandat kepada rakyat,” katanya.

Terdahulu, seramai 114 Ahli Parlimen mewakili Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Bebas menghadap Seri Paduka, semalam.

Mereka membabitka­n lima kumpulan, dengan sesi pertama Ahli Parlimen UMNO yang tiba di Istana Negara pada jam 10.30 pagi.

Empat sesi dibuat secara bersemuka dengan ahli Parlimen menghadap baginda untuk memaklumka­n secara lisan sokongan terhadap calon Perdana Menteri.

Sesi terakhir menghadap membabitka­n sekumpulan ahli Parlimen daripada PAS dengan kenderaan membawa mereka dilihat keluar dari pintu dua Istana Negara pada jam 3.50 petang.

Mengetuai sesi menghadap ahli Parlimen PAS ialah Presidenny­a, Datuk Seri Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petra Jaya yang juga Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata semua 17 Ahli Parlimen GPS mengesahka­n sokongan mereka terhadap calon Perdana

Ahli Parlimen Petra Jaya

Menteri kesembilan di hadapan Agong dalam sesi secara maya.

Katanya, turut menyertai mereka dalam sesi dari Kuching itu ialah Ahli Parlimen Bebas dari Lubok Antu, Jugah Muyang, bagi menjadikan jumlahnya 18 mewakili GPS.

Bagaimanap­un, beliau berkata, Ahli Parlimen Bintulu merangkap Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing, menghadap Agong di Istana Negara kerana berada di Kuala Lumpur.

“Calon dipilih atas rela hati setiap Ahli Parlimen GPS dan seorang Ahli Parlimen Bebas,” katanya kepada pemberita kepada pemberita selepas majlis menghadap Yang di-pertuan Agong secara maya di sini, semalam.

Walaupun Fadillah tidak mendedahka­n nama calon yang disokong GPS, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, mengesahka­n beliau menyokong memilih Ismail Sabri.

“Saya sokong Ismail Sabri, yang lain (Ahli Parlimen GPS) saya tidak tahu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata sesi menghadap secara maya dari Kuching membabitka­n 13 Ahli Parlimen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), dua daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan masing-masing seorang mewakili Parti Demokratik Progresif (PDP) serta Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Nanta berkata, sesi menghadap bermula jam 10.15 pagi dan mereka mengambil masa 30 minit mempersemb­ahkan pengesahan di hadapan Yang di-pertuan Agong.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, mengesahka­n ahli Parlimen daripada Pakatan Harapan (PH) tidak dipanggil menghadap Yang di-pertuan Agong.

“Ahli Parlimen PKR tidak menerima jemputan daripada pihak istana bagi mengesahka­n surat akuan sokongan kepada calon Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia