Berita Harian

100PLUS bantu penerima vaksin kekal terhidrat

Kempen selama tiga bulan edar 1.5 juta produk F&N di tiga PPV

- bhnews@bh.com.my Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Kuala Lumpur: Memahami setiap individu, terutama mereka yang baru selesai mengambil suntikan vaksin COVID-19 perlu sentiasa terhidrat, 100PLUS mengadakan Kempen Hidrasi COVID-19.

Menerusi kempen yang diadakan selama tiga bulan bermula

Jun lalu, sebanyak 1.5 juta minuman 100PLUS dan produk F&N diedarkan kepada penerima vaksin serta petugas barisan hadapan di tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Tiga PPV itu adalah World Trade Centre (WTC), Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) dan AXIATA Arena Bukit Jalil.

Pengarah Perhubunga­n Kerajaan, Industri dan Hal Ehwal Halal Fraser and Neave Holding Berhad (F&N), Datuk Raffiq Md Ariff, berkata program itu bertujuan menyokong usaha Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Katanya, inisiatif mengagihka­n minuman 100PLUS kepada penerima vaksin pula, bagi membantu mereka supaya kekal terhidrat selepas mendapat suntikan.

“100PLUS dirumus khas untuk membantu memastikan badan sentiasa terhidrat kerana campuran cecair dan elektrolit yang optimum 100PLUS dapat membantu pengambila­n cecair serta penyerapan yang baik untuk badan.

“F&N sentiasa menyokong usaha kerajaan dan akan terus membantu mengekalka­n tahap hidrasi masyarakat dengan menyediaka­n 100PLUS ke lebih banyak lokasi di Malaysia tidak lama lagi berikutan, permintaan yang menggalakk­an daripada pelbagai pihak,” katanya.

Raffiq berkata, lebih 60 peratus dalam tubuh manusia terdiri daripada air iaitu bahan kedua terpenting selepas oksigen dan secara purata tubuh akan kehilangan antara 10 sehingga 12 cawan air setiap hari kerana proses dehidrasi.

“Kekal terhidrat sepanjang masa memberikan kebaikan kepada kesihatan fizikal termasuk membantu mengawal suhu badan, mengekalka­n fungsi sel serta sistem perkumuhan.

“Dehidrasi menjadikan kita mudah letih dan sakit kepala. Kekal terhidrat akan menyumbang kepada kesejahter­aan anda secara keseluruha­n,” katanya.

Raffiq berkata, Kempen Hidrasi COVID-19 adalah kesinambun­gan daripada program sumbangan 100PLUS kepada petugas barisan hadapan yang diadakan bermula Mac 2020 iaitu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.

Katanya, F&N mengambil inisiatif dengan memberikan sumbangan minuman itu kepada hospital, polis, bomba dan banyak lagi pihak dalam usaha membantu mereka supaya kekal terhidrat sepanjang menjalanka­n tugas.

“Inisiatif ini akan terus dijalankan sebagai penghargaa­n kepada usaha mereka membantu negara dalam mengawal penularan wabak COVID-19.

“Selain itu, kami turut membantu komuniti yang terkesan dengan COVID-19 iaitu memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan termasuk rumah anak yatim,” katanya.

Raffiq berkata, sebagai menyokong saranan kerajaan untuk memastikan negara mencapai imuniti kelompok, F&N tidak terkecuali untuk turut bersama dalam usaha itu.

Katanya, pihaknya sudah bekerjasam­a dengan Kementeria­n Perdaganga­n dan Industri (MITI) menerusi Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-swasta (PIKAS) dan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak untuk mempercepa­tkan pemberian vaksin kepada pekerja, rakan niaga dan rantaian perniagaan.

“Sehingga kini, lebih 90 peratus pekerja di seluruh negara sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

“Kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dengan pelaksanaa­n program vaksinasi yang cekap hingga membolehka­n F&N bukan sahaja melindungi pekerja, tetapi rakan niaga yang terbabit dalam rantaian perniagaan kami,” katanya.

 ??  ?? Kempen Hidrasi COVID-19 di World Trade Centre (WTC).
Kempen Hidrasi COVID-19 di World Trade Centre (WTC).
 ??  ?? Raffiq (tengah) berharap Kempen Hidrasi COVID-19 dapat menyokong usaha Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Raffiq (tengah) berharap Kempen Hidrasi COVID-19 dapat menyokong usaha Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
 ??  ?? Sumbangan minuman 100PLUS kepada penerima vaksin di AXIATA Arena Bukit Jalil.
Sumbangan minuman 100PLUS kepada penerima vaksin di AXIATA Arena Bukit Jalil.
 ??  ?? Penerima vaksin di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) pelbagai golongan diberikan minuman 100PLUS percuma.
Penerima vaksin di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) pelbagai golongan diberikan minuman 100PLUS percuma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia