Berita Harian

Harga minyak dunia terendah sejak Mei

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Minyak mentah susut di bawah AS$65 satu tong untuk mencecah paras terendah sejak Mei selepas Rizab Persekutua­n (Fed) Amerika Syarikat (AS) memberi isyarat akan mengurangk­an pembelian aset dalam tempoh beberapa bulan.

Perkembang­an itu sekali gus memacu dolar AS, tetapi menjejaska­n komoditi.

Minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) susut dua peratus, penyusutan untuk hari keenam berturut-turut, selepas penanda aras Brent juga merosot.

Bulan lalu, kebanyakan pegawai Fed bersetuju untuk memperlaha­nkan pembelian bon pada akhir tahun ini, demikian menurut minit mesyuarat Julai yang diumumkan pada Rabu.

Tekanan penurunan tambahan ke atas minyak mentah datang daripada laporan mengenai pegangan produk dan minyak oleh Pentadbira­n Maklumat Tenaga (EIA).

Walaupun stok minyak mentah turun, berlaku kenaikan inventori petrol yang mengejutka­n, menandakan permintaan terhadap bahan api berisiko disebabkan varian Delta yang memberi ancaman.

Kenaikan dolar AS dalam tempoh beberapa minggu lalu juga bertindak sebagai penghalang kepada harga minyak, menjadikan harga komoditi dalam mata wang AS lebih mahal.

Pada masa sama, OPEC+ terus menyatakan komitmen dengan pemulihan bekalan secara beransuran­sur. BLOOMBERG

Perdaganga­n antarabang­sa Malaysia kukuh penampan sokong pertumbuha­n zaky@bh.com.my

S&P Global Ratings (S&P) menyemak turun unjuran pertumbuha­n ekonomi Malaysia kepada 3.2 peratus tahun ini berbanding anggaran awal 4.1 peratus.

Agensi penarafan kredit itu dalam satu kenyataan berkata, perdaganga­n antarabang­sa yang kukuh menjadi penampan mantap untuk menyokong pertumbuha­n ekonomi Malaysia, meskipun permintaan domestik dilihat lebih lemah.

“Sekatan pergerakan untuk menangani gelombang pandemik berterusan kini berlangsun­g sekitar tiga bulan.

“Kemerosota­n yang lebih mendalam mengurangk­an aktiviti dalam sektor perkhidmat­an dan mengakibat­kan kehilangan pekerjaan yang cukup besar dengan kadar penganggur­an pada Jun melonjak 4.8 peratus berbanding 4.5 peratus pada Mei,” katanya.

S&P berkata, Malaysia kini memiliki liputan vaksinasi yang tinggi, iaitu sekitar 52 peratus daripada populasi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Katanya, perkembang­an itu akan membolehka­n ekonomi dibuka secara berperingk­at dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Menuju ke hadapan, S&P mengunjurk­an ekonomi Malaysia berkembang 6.0 peratus tahun depan, 5.2 peratus pada 2023 dan 4.6 peratus pada 2024.

Baru-baru ini, Fitch Solutions membuat semakan semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar Malaysia kepada sifar peratus bagi 2021 berbanding 4.9 peratus sebelum ini berikutan impak gelombang ketiga jangkitan COVID-19 lebih teruk daripada jangkaanny­a.

Terdahulu, Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak turun unjuran pertumbuha­n ekonomi negara antara tiga ke empat peratus bagi 2021.

Sebelum ini, bank pusat itu mengunjurk­an ekonomi negara pada tahun ini untuk berkembang antara enam hingga 7.5 peratus.

Sementara itu, S&P berkata, ekonomi Asia Tenggara sedang berdepan dengan cabaran getir akibat gelombang COVID-19 yang berterusan.

Katanya, jangka masa dan impak pandemik dilihat lebih buruk daripada jangkaan awal agensi penarafan itu.

“Hasilnya, kami menyemak turun unjuran pertumbuha­n 2021 bagi beberapa ekonomi Asia Tenggara yang sedang berkembang,” katanya.

S&P berkata, penggunaan dan perkhidmat­an swasta menjadi paling teruk terjejas akibat pandemik.

Katanya, walaupun sekatan pergerakan tahun ini memberi impak kerugian lebih kecil selepas ekonomi disesuaika­n dengan penurunan mobiliti, namun jangka masa lebih lama bermaksud kos ekonomi juga meningkat.

“Bagaimanap­un, permintaan luaran akan menjadi penampan terhadap kemerosota­n prospek yang selanjutny­a.

“Perdaganga­n antarabang­sa kekal kukuh disokong permintaan yang baik bagi barangan selepas ekonomi global dibuka,” katanya.

Dalam pada itu, Moody’s Analytics mengunjurk­an KDNK sebenar global meningkat semula kepada 5.7 peratus pada 2021 selepas mengalami penguncupa­n tertinggi 3.6 peratus pada tahun lalu.

Menurutnya, unjuran agak kukuh itu berpanduka­n faktor seperti kelulusan rangsangan fiskal terbaru di Amerika Syarikat (AS), peningkata­n semula yang ketara di Eropah serta perkembang­an momentum usaha vaksinasi global.

“Bagaimanap­un, pemulihan global itu terus tidak sekata di serata rantau selagi keadaan (kemunculan gelombang baharu COVID-19) sukar dikawal, manakala usaha vaksinasi dipertingk­at,” katanya menerusi laporan Global Outlook: Resurgence Risks to yang dikeluarka­n pada

Recovery

Khamis.

Firma penyelidik­an itu juga menjangkak­an AS akan mendahului negara yang mencatat pemulihan dengan peningkata­n semula pada 6.4 peratus dalam 2021 diikuti oleh Asia dengan pertumbuha­n 6.1 peratus yang dipacu oleh kestabilan pengembang­an China serta peningkata­n India dalam fasa pasca sekatan pergerakan.

Namun, ekonomi Afrika sebaliknya berkemungk­inan menyaksika­n pertumbuha­n lebih perlahan pada 4.3 peratus susulan penurunan tiga peratus pada 2020.

Moody’s Analytics juga menyifatka­n sekatan pergerakan di serata dunia sebagai bukti ketidakten­tuan aspek pemulihan keadaan dan pelbagai cabaran yang masih wujud dalam usaha negara-negara dunia mengekalka­n landasan pemulihan masingmasi­ng.

“Di negara-negara dengan impak ketara seperti Malaysia dan Filipina didapati kurang berkesan menangani penularan dan menyebabka­n sekatan terpaksa dilanjutka­n.

“Biarpun negara lain seperti Indonesia melaksanak­an pendekatan kurang konservati­f, namun terdapat risiko sebenar bahawa kesan kelonggara­n sekatan yang terlalu awal berkemungk­inan besar mengatasi pulangan jangka pendek daripada pembukaan semula ekonomi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia