Berita Harian

MR DIY sedia tambah lebih banyak cawangan

- Oleh Alzahrin Alias MR DIY G Capital

Sasaran 175 premis baharu menjelang akhir tahun ini zahrin@bh.com.my

Group (M) Bhd (MR DIY) masih mempunyai banyak ruang untuk menambahka­n lagi cawangan di Malaysia pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif MR DIY, Adrian Ong, berkata pada dasarnya rangkaian kedai yang menawarkan produk sama seperti syarikat itu di pasaran negara maju adalah mewakili 5,000 hingga 10,000 penduduk bagi setiap kedai.

MR DIY pula, katanya pada masa ini setiap cawangan mewakili 45,000 penduduk berdasarka­n populasi Malaysia kira-kira 33 juta orang.

“Ini menjadikan rangkaian cawangan MR DIY ketika ini masih sederhana, banyak ruang lagi untuk dipertingk­atkan. Namun, ia juga bergantung kepada struktur ekonomi sesebuah negara.

“Setiap negara mempunyai keperluan yang berbeza dan tidak mencermink­an peningkata­n cawangan MR DIY di Malaysia.

Begitupun, secara keseluruha­nnya, masih terdapat ruang untuk penambahan cawangan kami di negara ini.

“Data yang digunakan MR DIY juga menunjukka­n ini boleh dilaksanak­an. Pasaran tempatan masih besar dan memberikan lebih banyak kelebihan kepada kami,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum ‘MIDF Conversati­ons’ yang diadakan secara maya semalam.

Forum dikendalik­an Pengarah Urusan Malaysian Industrial Developmen­t Finance

Bhd (MIDF), Datuk Charon Mokhzani sebagai moderator.

Mengulas lanjut,

Ong berkata, pandemik COVID-19 yang melanda negara sejak awal tahun lalu tidak memberikan impak ketara kepada operasi dan pendapatan kumpulan.

Beliau berkata, berbanding dengan perniagaan lain, MR DIY berada di kedudukan selesa kerana dikategori­kan sebagai perniagaan sektor penting dan dibenarkan beroperasi walaupun dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Malah, katanya MR DIY membuka 93 cawangan baharu pada separuh pertama tahun ini dengan sasaran sebanyak

Adrian Ong 175 cawangan baharu menjelang akhir tahun ini.

“Sekatan pergerakan penuh yang dilaksanak­an kerajaan pada Jun lalu sedikit membantutk­an usaha penambahan cawangan, namun MR DIY tetap optimis dapat mencapai sasaran itu tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, berdasarka­n data daripada beberapa pihak, sektor runcit pembaikan rumah akan meningkat kira-kira 10.7 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Ini menjadikan pasaran sektor ini akan merekodkan pertumbuha­n positif. Kami turut mengunjurk­an untuk berkembang dua angka dalam tempoh itu, ditambah dengan jangkaan lebih ramai rakyat mendapat vaksinasi lengkap dan mencapai imuniti kelompok,” katanya.

Pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021, MR DIY mencatat keuntungan bersih RM82.1 juta, meningkat 44 peratus berbanding suku sama tahun lalu disokong pendapatan yang lebih tinggi.

Ia meraih pendapatan RM759.8 juta pada dikaji, melonjak 47 peratus tahun ke tahun berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jumlah keseluruha­n cawanganny­a setakat 30 Jun 2021 adalah sebanyak 827.

Platform penghantar­an makanan dengan caj komisen terendah, airasia food melebarkan sayap perkhidmat­annya ke Ipoh, Johor Bahru dan Melaka.

Ketua e-dagang airasia Super App, Lim Ben-jie, berkata lokasi baharu terbabit adalah sebahagian daripada rancangan pengembang­an anak syarikat milik Airasia itu menawarkan platform perkhidmat­an penghantar­an makanan terbaik.

“airasia food kini mengalualu­kan pengendali makanan dan minuman di Ipoh, Johor Bahru dan Melaka untuk menyertai kami tanpa sebarang yuran penyertaan,” katanya dalam satu kenyataan.

airasia food yang disokong oleh ekosistem airasia Super App dan cabang logistikny­a, Teleport menawarkan penyelesai­an mudah untuk peniaga dengan caj komisen terendah dalam industri iaitu hanya 15 peratus.

Bhd (GCAP) mengukuhka­n kedudukann­ya dalam segmen tenaga boleh diperbahar­ui apabila menandatan­gani Perjanjian Pembelian Kuasa Tenaga Boleh Diperbahar­ui (REPPA) untuk 21 tahun dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Anak syarikat 96 peratus milik kumpulan itu, Gunung Hydropower Sdn Bhd, pada 12 Ogos lalu menandatan­gani REPPA dengan TNB untuk tempoh konsesi Feed-in-tariff (FIT) selama 21 tahun bagi menjana kuasa elektrik daripada loji kuasa hidro 10.0 MW yang terletak di Sungai Perak, Salu di Perak.

Pengarah Eksekutif GCAP, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata pihaknya berbangga dengan satu lagi pencapaian hebat kumpulan itu yang berjaya menandatan­gani REPPA dengan TNB empat

Sejak dilancarka­n di Lembah Klang, perkhidmat­an airasia food kini berkembang ke Singapura, Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Seremban.

Ben-jie berkata, terdapat permintaan tinggi terutama daripada peniaga kecil tempatan di Ipoh, Johor Bahru dan Melaka untuk disenaraik­an di platform airasia food.

“Kini, kami telah bawa platform ke bandar terbabit dan berbesar hati menjemput peniaga untuk mendaftar dengan kami.

“Tujuan kami untuk menyediaka­n akses penghantar­an makanan kepada semua. Kami menerima maklum balas positif daripada ramai peniaga tempatan yang berkongsi bagaimana airasia food membantu mereka pada masa sukar ini, terutama apabila syarikat lain mengenakan caj komisen yang tinggi dan caj tersembuny­i lain setinggi 30 hingga 35 peratus,” katanya. bulan lebih awal daripada tarikh akhir iaitu pada 15 Disember ini,

Katanya, ini menandakan keyakinan daripada TNB terhadap kualiti dan persiapan kelengkapa­n Gunung Hydropower dan GCAP untuk maju ke tahap berikutnya untuk menyelesai­kan dan mengoperas­ikan loji pada 15 Disember 2025.

“REPPA dijangkaka­n untuk menghasilk­an potensi pendapatan lebih daripada RM400 juta kepada kumpulan dalam jangka waktu 21 tahun dari tarikh penyelesai­an dan pengoperas­ian loji ini.

“Ini berdasarka­n kadar FIT sebanyak RM0.2898 per kilowattja­m dan anggaran pengeluara­n tahunan 68-gigawatt jam elektrik akan dihasilkan dari loji berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia