Berita Harian

FBM KLCI turun 10.29 mata

-

Perkembang­an politik semasa pengaruhi pasaran Bursa Malaysia

Bursa Malaysia ditutup dalam lingkungan negatif pada Khamis berikutan perkembang­an politik semasa, dan turut seiring dengan prestasi bursa serantau.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran turun 10.29 mata atau 0.67 peratus untuk berakhir pada 1,514.95 daripada 1,525.24 ketika penutupan Rabu.

Indeks utama itu dibuka 0.56 mata lebih rendah pada 1,524.68 sebelum bergerak di antara 1,513.78 dengan 1,524.68 sepanjang dagangan semalam.

Pasaran keseluruha­nnya suram dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 634 berbanding 334, manakala 451 kaunter tidak berubah, 779 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 3.3 bilion unit bernilai RM1.99 bilion daripada 3.83 bilion unit bernilai RM2.2 bilion yang dicatatkan pada Rabu.

Di peringkat rantau, Indeks Straits Times Singapura turun 1.42 peratus kepada 3,081.08, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 2.13 peratus kepada 25,316.33 dan Nikkei 225 Jepun kurang 1.1 peratus kepada 27,281.17.

Saham berwajaran tinggi di

Sementara itu, peniaga berkata, Pentadbira­n Maklumat Tenaga melaporkan bahawa inventori minyak mentah AS merosot 3.2 juta tong pada minggu lalu kepada 435.5 juta tong, paras terendah sejak Januari 2020.

Dalam perkembang­an lain, katanya, Persatuan Negara-negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) mengeluark­an data yang positif mengenai pasaran getah.

Berdasarka­n anggaran awal daripada negara anggota ANRPC, pengeluara­n getah asli (NR) pada 2021 dijangka merosot kepada 13.78 juta tan berikutan anggaran penurunan pengeluara­n Malaysia sebanyak 30,000 tan.

“Tanda-tanda pemulihan diperhatik­an di negara-negara utama berikutan langkah membendung telah berkuranga­n menyebabka­n permintaan dunia yang dijangka untuk NR sebanyak 13.90 juta tan, meningkat 7.2 peratus daripada tahun sebelumnya semasa dunia mula dilanda oleh pandemik,” katanya.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Standard

Bursa Malaysia, Maybank turun lima sen kepada RM8.09, Public Bank susut tiga sen kepada RM3.91, Petronas Chemicals dan Hong Leong Bank masing-masing menguncup dua sen kepada RM7.97 dan RM18.30, Press Metal merosot 14 sen kepada RM4.91, manakala Digi kurang tiga sen kepada RM4.25.

Bagaimanap­un, Tenaga Nasional naik satu sen kepada RM9.90 dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.79.

Antara saham aktif, Avillion naik satu sen kepada 20 sen, My E.G. melonjak 17 sen kepada RM1.82, Destini menokok 1.5 sen kepada 18 sen, Advance Synergy kurang 2.5 sen kepada 17 sen sementara Dagang Nexchange dan Kanger masing-masing susut setengah sen kepada 74 sen dan 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM

Emas susut 73.66 mata kepada 11,074.30; Indeks FBMT 100 menguncup 73.57 mata kepada 10,790.68; Indeks FBM Emas Syariah turun 81.41 mata kepada 12,181.34; FBM 70 merosot 100.04 mata kepada 14,527.31 dan FBM ACE kurang 1.83 mata kepada 7,110.16.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n turun 20.36 mata kepada 6,373.50, Indeks Perkhidmat­an Kewangan kurang 62.33 mata kepada 14,796.70, manakala Indeks Barangan dan Perkhidmat­an Industri menguncup 1.73 mata kepada 188.87.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama sebanyak 2.22 bilion saham bernilai RM1.69 bilion berbanding dengan 2.70 bilion saham bernilai RM1.83 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 291.83 juta unit bernilai RM53.03 juta daripada 181.58 juta unit bernilai RM340.70 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE pula susut kepada 771.37 juta saham bernilai RM242.86 juta daripada 917.01 juta saham bernilai RM340.70 juta kelmarin.

Barangan dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 718.05 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmat­an industri (605.88 juta), pembinaan (67.86 juta), teknologi (350.48 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (49.24 juta), hartanah (109.33 juta), perladanga­n (56.96 juta), REIT (58.82 juta), dana tertutup (38,000), tenaga (139.45 juta), penjagaan kesihatan (43.38 juta), telekomuni­kasi dan media (27.23 juta), pengangkut­an dan logistik (39.67 juta) serta utiliti (1.45 juta).

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia