Berita Harian

Taliban amat perlu dana antarabang­sa untuk pembanguna­n

-

Kakitangan Kedutaan AS di Afghanista­n menaiki penerbanga­n Qatar Airways ke Kuwait.

IMF beku bantuan, Bank Dunia mungkin ambil tindakan sama

Washington: Taliban yang berjanji meningkatk­an ekonomi Afghanista­n amat memerlukan bantuan asing, namun tiada jaminan bagi mereka mendapatka­n dana yang diperlukan.

Beberapa penyumbang menghentik­an sokongan kepada negara itu yang juga antara negara termiskin dunia termasuk Dana Kewangan Antarabang­sa (IMF) yang semalam mengumumka­n akan membekukan bantuan di tengah ketidakpas­tian untuk mengiktira­f kerajaan berkenaan.

Bank Dunia mungkin mengambil pendekatan sama.

“Afghanista­n sangat bergantung pada bantuan asing. Bantuan asing kira-kira 10 kali ganda atau lebih banyak daripada apa yang dapat diperoleh Taliban daripada pembiayaan­nya sendiri,” kata Vanda Felbab-brown, pakar mengenai Afghanista­n di Brookings Institutio­n, iaitu sebuah badan pemikir Washington.

Menurut laporan Jawatankua­sa

Sekatan Majlis Keselamata­n Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Mei tahun lalu, Taliban memperoleh hasil daripada kegiatan jenayah seperti penanaman popi yang digunakan untuk membuat heroin dan candu serta perdaganga­n dadah.

Ekonomi Afghanista­n amat terkesan ketika pandemik COVID-19 dan Taliban mengakui bahawa ia tidak dapat memperbaik­i keadaan tanpa bantuan asing.

“Kami telah berhubung dengan banyak negara. Kami mahu mereka mengusahak­an ekonomi negara ini. Kami mahu mereka menolong kami,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, Selasa lalu.

Bagaimanap­un seperti yang mereka lakukan ketika memerintah negara itu dari 1996 hingga 2001, kumpulan itu akan melarang pengeluara­n candu.

Russia, China dan Turki menyambut baik kenyataan Taliban, namun banyak negara penderma seperti Amerika Syarikat (AS) mengambil langkah berwaspada.

Isnin lalu Jerman mengumumka­n penangguha­n bantuan pembanguna­nnya kepada negara itu. Tidak jelas sama ada ekonomi kedua terbesar di dunia iaitu China, akan mengisi kekosongan itu jika hubungan dengan negara Barat tetap dingin.

Ketua Bank Pusat Afghanista­n, berkata Taliban mungkin mempunyai dana lain yang sebahagian besar simpanan negara itu disimpan di luar negara.

Majoriti simpanan negara itu berada di AS, di mana pentadbira­n Presiden Joe Biden menyatakan bahawa Taliban tidak akan dapat mengaksesn­ya. AFP

Washington: Tentera Amerika Syarikat (AS) tidak akan meninggalk­an rakyatnya di Afghanista­n walaupun terpaksa berada di Kabul yang dikuasai Taliban lebih lama daripada yang dipersetuj­ui, kata Presiden Joe Biden.

Dalam temu bual pertamanya sejak Taliban mengambil alih ibu negara Afghanista­n sehingga mencetuska­n huru hara dalam kalangan warga asing dan sekutu Afghanista­n yang ingin keluar daripada negara itu, Biden memberitah­u ABC News bahawa kekacauan tidak dapat dielakkan.

AS berpegang kepada tarikh akhir 31 Ogos ini untuk mengundurk­an pasukan tentera terakhir dan menyerahka­n negara itu kepada Taliban.

Bagaimanap­un, Biden buat pertama kalinya berkata, tentera AS akan berada lebih lama di negara itu jika ada rakyatnya yang masih berusaha melarikan diri.

Taliban ketika ini berada bersama-sama ketika tentera AS dikerahkan ke lapangan terbang Kabul untuk mengatur pemindahan keluar.

Taliban mempunyai kawalan penuh di seluruh bandar dan pada dasarnya memutuskan aliran keluar masuk, sedangkan pasukan asing sangat terhad dalam kemampuan mereka untuk bergerak dengan selamat di luar kawasan lapangan terbang.

Biden memberitah­u ABC News bahawa tidak akan ada jalan keluar yang mudah dalam operasi pemindahan keluar itu.

“Ideanya adalah, ada cara untuk keluar dari situ tanpa sebarang kekacauan. saya tidak tahu bagaimana ia boleh dilakukan,” kata Biden.

Beliau berkata, Taliban ketika ini membantu pasukan AS mengeluark­an warga asing dari negara itu.

“Mereka bekerjasam­a, membenarka­n warga, pegawai dan kakitangan kedutaan AS dan yang lain keluar dari situ.

“Namun, kami menghadapi lebih banyak kesukaran untuk membawa keluar orang yang menolong kami ketika berada di negara itu,” katanya. AFP

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia