Berita Harian

WHO kecam negara kaya beri suntikan penggalak

-

Pakar badan dunia tegaskan vaksinasi di negara berpendapa­tan rendah lebih penting

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengutuk tindakan terdesak negara kaya memberi dos penggalak vaksin COVID-19 ketika jutaan penduduk dunia masih belum menerima sebarang suntikan.

Pakar WHO menegaskan tiada data saintifik yang kukuh bagi membuktika­n dos penggalak diperlukan ketika ini.

Penegasan itu disuarakan sebelum pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengumumka­n penduduk mereka yang layak divaksinas­i akan segera menerima dos tambahan.

Pakar berpendapa­t pemberian dos penggalak ketika ramai masih menunggu untuk menerima vaksin adalah tindakan tidak bermoral.

“Kita merancang untuk memberikan jaket keselamata­n tambahan kepada individu yang sudah memiliki jaket keselamata­n, sementara kita meninggalk­an orang lain untuk lemas tanpa jaket keselamata­n,” kata Pengarah Kecemasan WHO, Mike Ryan kepada wartawan di Geneva.

Awal bulan ini, WHO mendesak penangguha­n dos penggalak bagi membantu mengurangk­an ketidaksam­aan taburan dos antara negara kaya dan miskin.

Bagaimanap­un, desakan itu tidak menghentik­an tindakan beberapa negara maju untuk meneruskan suntikan penggalak, ketika organisasi kesihatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu berusaha untuk mengekang penularan varian Delta di seluruh dunia.

Ketua WHO

Pihak berkuasa AS memberi amaran keberkesan­an vaksinasi COVID-19 semakin berkuranga­n dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, AS meluluskan suntikan dos penggalak untuk pendudukny­a yang layak divaksinas­i mulai 20 September.

Washington sudah memberikan dos tambahan kepada individu yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

Israel juga mula memberikan dos ketiga kepada rakyatnya yang berusia 50 tahun ke atas.

Pakar WHO menegaskan tiada bukti kukuh mengenai dos penggalak dan menegaskan keutamaan untuk menyegerak­an suntikan vaksin di negara berpendapa­tan rendah jauh lebih penting.

“Yang jelas adalah penting untuk mendapatka­n suntikan pertama dan melindungi golongan paling rentan sebelum vaksinasi penggalak dilancarka­n,” kata Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s pada sidang media, semalam. AFP

 ?? (Foto EPA) ?? Pihak berkuasa Amerika Syarikat meluluskan suntikan dos penggalak untuk penduduk yang layak divaksinas­i mulai 20 September ini.
(Foto EPA) Pihak berkuasa Amerika Syarikat meluluskan suntikan dos penggalak untuk penduduk yang layak divaksinas­i mulai 20 September ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia