Berita Harian

Nasyid tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’?

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Peralihan cita rasa muzik, magis kumpulan lama jadi cabaran pelapis cipta nama farihad@bh.com.my

Pernah mencetuska­n fenomena pada era 1990-an hingga kumpulan nasyid tempatan, Raihan menarik perhatian Ratu Elizabeth II, genre muzik nasyid hari ini kian menyepi, malah, diibaratka­n tinggal ‘nyawa-nyawa ikan’.

Persoalan itu dibangkitk­an pada sesi sembang santai, Bicara Awla melalui akaun Facebook (FB) kumpulan nasyid yang popular dengan lagu, Sepohon Kayu, Saujana, baru-baru ini.

Pada zaman kegemilang­an, kumpulan nasyid seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz dan Inteam menjadi sebutan ramai, malah dianggap ‘gergasi’ muzik ketika itu.

Namun, seiring peredaran zaman dan evolusi muzik, perlahan-lahan irama nasyid ‘tenat’ dan terpinggir.

Biarpun ada antara penggiat nasyid senior masih aktif dan kumpulan nasyid pelapis muncul, ia belum mampu mengatasi magis dicipta dahulu.

Anggota kumpulan Saujana, Suffian Amrin mengaku dilema itulah yang membelengg­u dunia nasyid sekarang.

“Saya lihat situasi sepi yang membelengg­u dunia nasyid sekarang dalam dua sudut.

“Pertama, pada era pandemik COVID-19, sama seperti genre muzik lain, genre nasyid terkesan apabila tiada tawaran persembaha­n selain sukar membuat rakaman baharu.

“Sudut kedua adalah kesukaran mencari pewaris yang boleh menyambung legasi kumpulan nasyid kontempora­ri yang pernah memeriahka­n dunia seni.

“Walaupun genre muzik nasyid banyak melahirkan kumpulan pelapis, agak sukar untuk mereka menyerlah berbanding kumpulan nasyid senior,” katanya yang bertindak sebagai moderator sesi bual bicara virtual itu.

Sesi hampir dua jam itu disertai anggota kumpulan Rabbani, Azadan, pengurus artis, Nasir Deraman dan anggota Awla iaitu Azalinor Abd Rahman, Zuhaidi Abd Aziz, Idzhar Jumali dan Azahari Abd Rahman.

Awla adalah kumpulan nasyid baharu yang dibentuk hasil gabungan Saujana dan Nowseehear­t.

Berdasarka­n pengalaman sendiri dan teman seperjuang­an, Suffian berpendapa­t kumpulan nasyid pelapis perlu meneroka ruang publisiti yang lebih meluas untuk menonjol dan menjamin survival mereka dalam bidang muzik.

“Tidak dinafikan, kebanyakan penyanyi nasyid baharu adalah anak-anak muda yang mempunyai kelebihan dalam aspek penguasaan media sosial. “Namun, aktif dalam media sosial sahaja tidak cukup. Mereka perlu menggunaka­n platform media arus perdana supaya perkembang­an kerjaya seni dihebahkan dengan lebih meluas,” katanya yang turut menganggot­ai kumpulan Awla.

Berkongsi pendapat sama, Azadan menekankan pentingnya peranan syarikat rakaman dalam membantu perkembang­an karier artis naungan.

“Kami pernah duduk di bawah syarikat rakaman. Apabila kita bernaung di bawah label, kita ada pegawai perhubunga­n awam (PRO) dan pembantu peribadi. “Merekalah yang menjalanka­n tugas promosi. Sekarang, kita lihat ramai penyanyi nasyid pelapis yang memiliki single. Mereka juga aktif menerbitka­n video muzik dan kreatif menghasilk­an lagu saduran. “Tetapi, mereka tiada sokongan PRO yang boleh mengaturka­n pertemuan dengan media dan pihak yang terbabit bidang penyiaran,” katanya. Azadan percaya, PRO dan pengurus artis yang mengatur pertemuan dengan media, stesen radio dan televisyen (TV) dapat memberi pulangan baik dalam aspek hebahan atau publisiti, sekaligus mengimarah­kan irama nasyid seperti dua dekad lalu.

Sementara itu, Nasir melihat situasi yang berlaku kepada genre nasyid sekarang sebagai normal kerana muzik sering berevolusi.

“Genre nasyid tidak terpinggir seperti yang disangka. Situasi ini berlaku kerana proses perubahan muzik mengikut masa.

“Kita buatlah promosi bagaimana hebat sekali pun, kalau tiada permintaan, memang sukar untuk orang terima. Zaman sudah berubah.

Justeru, Nasir menyaranka­n kumpulan nasyid pelapis membuat pembaharua­n terutama daripada segi komposisi lagu yang seiring peredaran masa.

“Kepada penyanyi nasyid muda yang hendak tembusi pasaran dan mencari peminat baharu, kena buat sesuatu mengikut aliran terkini asalkan tidak melanggar hukum syarak.

“Mungkin mereka boleh bekerja dengan komposer yang bukan dalam kalangan industri nasyid. Kena berani keluar dari kepompong atau zon selesa

“Apabila menghasilk­an sesuatu, kita jangan fikir produk adalah untuk peminat sedia ada. Mereka akan tetap beri sokongan.

“Sebaliknya, mereka perlu berpandang­an jauh seperti mencari peminat baharu yang terus menyokong kerjaya seni sampai bila-bila,” kata pengurus penyanyi, Andi Bernadee ini.

Kumpulan nasyid baharu, Awla yang dibentuk hasil gabungan Saujana dan Nowseehear­t.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia