Berita Harian

Rai detik gemilang

- Oleh Serimah Mohd Sallehuddi­n

Kempen Kita Malaysia #Baiksemula MBP tiup semangat Hari Kebangsaan

bhhip@bh.com.my

Setiap kali tibanya Ogos, bendera kebanggaan rakyat Malaysia, Jalur Gemilang dikibarkan di seluruh negara.

Biarpun kali kedua Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia disambut sederhana akibat penularan pandemik COVID-19, namun, semangat meraikan detik bersejarah ini tidak pernah luntur.

Sempena hari istimewa itu, Media Prima Berhad (MPB) mengajak rakyat Malaysia bangkit dan tabah berdepan cabaran melalui kempen Kita Malaysia #Baiksemula.

Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, berkata MPTN mengaktifk­an semula single #Baiksemula ciptaan Faizal Tahir yang diperkenal­kan, awal tahun ini untuk kempen berkenaan.

“Video muzik #Baiksemula versi baharu dihasilkan untuk memberi lebih impak dalam menyemarak­kan kempen ini. Klip ini boleh ditonton di Youtube Alternate Records & Talents mulai hari ini (semalam).

“Kami yakin lagu ini boleh mengubati duka, membangkit­kan semangat dan memberi harapan kepada semua.

“Sama-sama kita berdiri kukuh untuk masa hadapan negara. Percayalah, kita pasti dapat mencapai imuniti kelompok dan keadaan akan baik semula, tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan.

Khairul Anwar berkata, sepanjang tempoh kempen Kita Malaysia #Baiksemula, program menarik pelbagai genre disusun merangkumi berita, keagamaan, bual bicara, majalah dan drama yang memberi inspirasi serta menyuntik semangat penonton.

Sementara itu, kenyataan media TV3 menyebut, single #Baiksemula dendangan Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-clique mendapat sambutan menggalakk­an.

Kenyataan media itu menambah, video muzik #Baiksemula bertujuan memberi penghargaa­n kepada petugas hadapan yang komited menggalas tugas, selain usaha komuniti yang menghulurk­an bantuan segera kepada insan memerlukan.

“Video muzik itu juga menyuntik semangat dan memberi harapan kepada rakyat Malaysia bahawa kita pasti akan baik semula.

“Ini boleh dicapai dengan menyahut saranan mendapatka­n vaksin COVID-19 dan mengamalka­n prosedur operasi standard (SOP) ketat dalam kehidupan harian,” kata kenyataan itu.

MPB juga mengumumka­n insiatif #Baiksemula dilanjutka­n dengan kolaborasi bersama platform perkongsia­n video terbesar China, Tiktok.

“Kami ingin mengajak anda untuk sama-sama menyebarka­n semangat dan inspirasi kepada rakyat Malaysia dengan menyertai cabaran #Baiksemula di aplikasi Tiktok hingga 31 Ogos.

“Inilah masanya untuk tonjolkan bakat di Tiktok. Lakukan lip sync lagu #Baiksemula dan 20 video paling kreatif akan berpeluang memenangi hadiah istimewa.

“Selain itu, nantikan versi istimewa video muzik Tiktok #Baiksemula yang menampilka­n 100 artis Tiktok, mulai Isnin ini,” katanya.

Kenyataan itu menambah, TV3 bakal menyiarkan program bual bicara istimewa Malam #Baiksemula yang dikendalik­an Nabila Huda, AG dan Fara Fauzana pada 28 Ogos depan mulai jam 10 malam.

“Sambutan Hari Kebangsaan menjadi lebih bermakna apabila program ini turut memberi penghargaa­n kepada barisan petugas hadapan dan atlet negara yang bertanding di Sukan Olimpik 2020.

“Antara tetamu yang akan ditemu bual adalah Datuk Azizulhasn­i Awang, Alif Satar, Aina Abdul, Khai Bahar, Shuib Sepahtu, Ismail Izzani dan ramai lagi,” katanya.

Menjejakka­n kaki buat kali pertama ke unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mulia, Bandar Tun Razak di ibu negara, Isnin lalu, hanya kalimah syukur dilafazkan pemuzik kurang upaya, Fendy Adlun kerana hajat mendapatka­n rumah mampu didiami, akhirnya, tercapai.

Selepas tujuh tahun menanti, pemain dram kumpulan Caliph Buskers itu bakal berpindah ke rumah baharu bersama anak perempuan yang berusia enam tahun, Nur Azalea Zafirah.

“Alhamdulil­lah, saya berterima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutua­n, Tan Sri Annuar Musa kerana merealisas­ikan impian ini.

“Saya sudah pergi melihat rumah. Alhamdulil­lah, semuanya dalam keadaan baik, tiada bocor atau sebagainya.

“Insya-allah, saya boleh berpindah, tidak lama lagi,” katanya kepada HIP.

Sebelum ini, Fendy meluahkan kegusaran kerana selepas hampir sebulan dikunjungi Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, dia belum mendapat perkhabara­n mengenai permohonan mendapatka­n rumah mampu milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau PPR.

Julai lalu, tular video dimuat naik Fendy di Facebook yang memohon Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat memudahkan permohonan­nya mendapatka­n rumah mampu milik DBKL.

Ini berikutan pendapatan Fendy terjejas teruk ekoran penularan COVID-19 sehingga sukar membayar sewa rumah sebanyak RM1,300 sebulan selain perlu menyara anak perempuann­ya.

Fendy berkata, dia akan mencari tarikh sesuai untuk berpindah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Saya perlu kemas rumah sewa dan buat masa ini, pergerakan ke sana-sini terbatas berikutan PKP 3.0. Mungkin dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi, saya akan berpindah.

“Saya sudah maklumkan pemilik rumah sewa dan beliau sedia memberi masa untuk saya berpindah,” katanya.

Sementara itu, Fendy berkata, dia akan menganjurk­an showcase

secara maya buat kali pertama, esok.

“Pada Showcase Mengharapk­anmu, saya akan menyanyika­n lagu ciptaan sendiri dan lagu saya bersama Caliph Buskers.

“Saya akan selit pengalaman dan kisah hidup termasuk sejarah Caliph Buskers dalam persembaha­n itu. Penonton juga boleh bertanya soalan,” katanya.

Fendy berkata, persembaha­n secara virtual itu dibantu pemuzik dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan beberapa penganjur lain.

“Saya bekerjasam­a dengan penganjur seperti Tempatan Fest, Villapria Studio dan Photocliqu­e Photograph­y. Alhamdulil­lah, ramai yang mahu membantu,” katanya.

Fendy mengaku diselubung­i gementar untuk menjayakan showcase berbayar.

“Saya tidak pernah menjayakan showcase berbayar. Acara ini berbeza dengan persembaha­n jalanan atau busking.

“Jadi, saya perlu beri persembaha­n terbaik kerana peminat beli tiket. Jika busking saya boleh berjenaka, tetapi, melalui showcase saya perlu lebih berhati-hati.

“Jika persembaha­n ini mendapat sambutan baik, Insya-allah, kami akan membawa showcase

seterusnya. Ini dikira langkah pertama saya,” katanya.

Peminat yang mahu membeli tiket berharga RM10 tidak termasuk caj perkhidmat­an boleh layari http://fendy.uberticket­s.my. Pembeli akan diberi pautan untuk menyaksika­n showcase berkenaan.

Fendy dan anaknya, Nur Azalea Zafirah teruja berpindah ke rumah baharu.

 ??  ??
 ?? (Foto Fendy Adlun/bh) ??
(Foto Fendy Adlun/bh)
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia