Berita Harian

‘Jangan harap saya seorang’

- Oleh Helmi Talkah

helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jaguh perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia mengingatk­an rakan sepasukan untuk tidak hanya bergantung kepada dirinya seorang apabila membawa cabaran Malaysia pada saingan Piala Thomas di Aarhus, Denmark bermula 9 hingga 17 Oktober ini.

Sebaliknya, juara Seluruh England 2021 itu mahu semua rakan sepasukann­ya bersatu hati dalam memastikan kejayaan buat skuad negara.

“Sudah pasti sebagai perseorang­an lelaki pertama, tanggungja­wab saya besar. Namun, ini bukan kejohanan individu tetapi kejohanan berpasukan. Saya berharap rakan sepasukan tidak hanya mengharapk­an saya untuk menang sebaliknya kami semua perlu bersatu hati dan berkongsi matlamat yang sama.

“Saya juga harap BAM (Persatuan Badminton Malaysia) boleh mengadakan kem latihan berpasukan bagi membina semangat berpasukan sebelum kejohanan bermula,” kata pemain berusia 23 tahun itu.

Saingan di Aarhus menyaksika­n pasukan Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Jepun, Kanada dan England dengan dua pasukan teratas setiap kumpulan layak ke suku akhir Piala Thomas 2020.

Mengulas mengenai peluang skuad negara di Aarhus nanti, Zii Jia yang membuat penampilan pertama di Sukan Olimpik 2020 barubaru ini, berkata skuad negara akan turun dengan status sebagai pasukan ‘underdog’ atau bukan pilihan.

“Saya rasa tidak kira menentang Denmark, Jepun atau China, mereka semua lebih kurang sama saja. Mereka adalah pasukan pilihan dalam saingan Piala Thomas kali ini kerana mereka memiliki pasukan yang lengkap.

“Kita pula akan dibarisi pemain muda yang usianya antara 23 hingga 24 tahun. Jadi, saya fikir status kami adalah sebagai ‘dark horses’,” katanya yang akan membuat penampilan kali kedua dalam saingan Piala Thomas selepas edisi 2018 di Thailand.

Selain Zii Jia, beregu lelaki, Aaron Chia-soh Wooi Yik yang masih segar dengan kejayaan memenangi pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 turut akan menjadi sandaran utama skuad negara di Aarhus.

45

Lee Zii Jia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia