Berita Harian

Malaysia akan mula pemberian vaksin satu dos Cansino

Penghantar­an berperingk­at, mudahkan pemberian di kawasan rendah akses

- fidahruzki@bh.com.my Oleh Rafidah Mat Ruzki

Putrajaya: Malaysia akan memulakan pemberian vaksin satu dos apabila menerima sejumlah 200,000 dos vaksin Cansino daripada pembekal Cansino Biologics, China, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata vaksin itu datang dalam bentuk produk siap.

“(Sebanyak) 3.5 juta dos vaksin Cansino sudah ditempah dengan penghantar­an berperingk­at. Ini juga adalah vaksin COVID-19 satu dos yang pertama di Malaysia,” katanya.

Setakat ini, profil vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan Februari lalu membabitka­n vaksin keluaran Pfizerbion­tech (Cominarty), Sinovac (Coronavac) dan Astrazenec­a, manakala satu lagi vaksin iaitu Johnson & Johnson juga sudah mendapat kelulusan bersyarat.

Sementara itu, pesawat yang membawa vaksin Cansino itu mendarat di Lapangan Terbang

Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.50 pagi dengan penerbanga­n MAS Kargo dari Beijing, China.

Berada di KLIA ialah Ketua Setiausaha Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir; Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan (KKM), Datuk Mohd Shafiq Abdullah dan Timbalan

Ketua Setiausaha (Pembanguna­n Teknologi) MOSTI, Dr Mohd Nor Azman Hassan.

MOSTI dalam satu kenyataan, berkata Solution Biologics adalah Pemegang Pendaftara­n Produk bagi Cansino di Malaysia dan vaksin itu mendapat kelulusan penggunaan bersyarat untuk kegunaan kecemasan di negara ini oleh Pihak Berkuasa Bekalan

Dadah (PKBD) pada 15 Jun lalu.

Dengan ketibaan vaksin berkenaan, ia bakal memudahkan pemberiann­ya terutama di kawasan yang rendah akses dan seterusnya membantu Malaysia mencapai sasaran imuniti kelompok seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mengikut garis masa yang ditetapkan.

 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Siti Hamisah bersama Mohd Shafiq menyambut ketibaan vaksin Cansino di KLIA, semalam.
(Foto BERNAMA) Siti Hamisah bersama Mohd Shafiq menyambut ketibaan vaksin Cansino di KLIA, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia