Berita Harian

KASA sedia bantuan awal hampir RM5 juta pulih kesan banjir di Yan, Kuala Muda

Bantuan awal diguna untuk perbaiki pelbagai kemudahan terjejas akibat bencana

- bhnews@bh.com.my

Oleh Samadi Ahmad, Tuty Haryanti Ahmad Rodzi, Noorazura Abdul Rahman dan Zuliaty Zulkiffli

Putrajaya: Kementeria­n Alam Sekitar dan Air (KASA) bersetuju memperuntu­kkan bantuan awal berjumlah hampir RM5 juta untuk pemulihan akibat banjir di Yan dan Kuala Muda, Kedah.

Ketua Setiausaha KASA, Datuk Seri Dr Zaini Ujang, berkata kementeria­n itu juga bersetuju melaksanak­an kerja pembaikan kerosakan sistem bekalan air, sistem saliran dan pengairan serta tebatan banjir.

Beliau berkata, peruntukan itu membolehka­n kerja pemulihan dijalankan dengan segera, manakala kerajaan negeri akan memperbaik­i kerosakan infrastruk­tur seperti bekalan elektrik, sistem perparitan, jalan raya dan jambatan.

Katanya, persetujua­n itu dicapai dalam perbincang­an bersama Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor di kediaman rasmi menteri berkenaan, kelmarin.

“Perbincang­an ini memfokuska­n penyelaras­an kepada tindakan segera KASA untuk membantu penduduk yang terjejas akibat banjir di Kuala Muda dan Yan,” katanya melalui satu kenyataan, semalam.

Perbincang­an itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Negeri Kedah, Datuk Suraya Yaacob; Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Nor Hisham Mohd Ghazali dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjay­a Pengurusan Air Negara (SPAN), Datuk Ahmad Faizalabdu­l Rahman.

Perbincang­an diadakan susulan lawatan Zaini dan Suraya ke kawasan terjejas akibat banjir di sekitar Kuala Muda dan Yan.

Zaini berkata, KASA mengenal pasti dua punca utama menyebabka­n banjir berlaku selepas hujan lebat luar biasa dalam tempoh singkat di kawasan puncak Gunung Jerai, sekali gus membentuk fenomena kepala air.

Katanya, dianggarka­n purata taburan hujan sebanyak 278 milimeter (mm) dicatatkan dalam tempoh lapan jam.

Selain itu, halangan sampah-sarap, kayu dan reba pokok yang tersangkut pada binaan struktur jambatan dan lintasan menyebabka­n air sungai melimpah ke kawasan sekitar, terutama di Kampung Tupah dan Taman Tupah.

Beliau berkata, SPAN juga menyelaras kerja pembaikan dan pemulihan bekalan air, termasuk menggerakk­an anggota 60 Rejimen Pakar Air RAJD (AW), bantuan lori tangki operator air untuk penghantar­an bekalan air dan pengagihan bantuan 1,000 botol (lima liter) air minuman kepada penduduk di kawasan terjejas.

Dalam pada itu, kerajaan Kedah menyalurka­n bantuan tunai berjumlah RM500 kepada setiap keluarga terkesan dengan banjir susulan fenomena kepala air di Gunung Jerai, Yan, yang berlaku

Rabu lalu.

Muhammad Sanusi berkata, bantuan itu diputuskan selepas kerajaan negeri mengadakan perbincang­an bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), malam kelmarin.

Katanya, bagi keluarga yang kehilangan nyawa akibat kejadian itu, kerajaan negeri akan menghulurk­an bantuan berjumlah RM5,000 kepada keluarga mangsa.

“Berdasarka­n laporan awal, kita dimaklumka­n jumlah rumah yang terjejas dalam tragedi ini dianggarka­n 800 di Yan dan 200 rumah di Tupah, Kuala Muda,” katanya.

Sementara itu, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK) menggesa kerajaan Kedah menubuhkan siasatan awam bebas bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dalam satu kenyataan turut meminta kerajaan negeri mengenal pasti kelemahan serta mencari langkah segera pemulihan dan pencegahan.

Katanya, perkara itu turut dicadangka­n oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM).

“Usaha itu diyakini mampu menamatkan segala spekulasi masyarakat awam, sekali gus mencari jawapan berfakta bagi menegakkan keadilan.

“Penduduk di Yan juga berhak mengetahui punca sebenar banjir luar biasa ini kerana ia menyebabka­n kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan kerosakan ekosistem persekitar­an Gunung Jerai,” katanya.

Sementara itu, usaha mengesan dua mangsa yang masih hilang di Titi Hayun dan Salak Denai di sini, dipergiatk­an dengan kekuatan 305 anggota daripada pelbagai agensi penyelamat.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superinten­dan Shahnaz Akhtar Haji, berkata setakat jam 3 petang semalam, belum ada sebarang petunjuk dalam mengesan kedua-dua mangsa terbabit.

Beliau berkata, khidmat dua anjing pengesan dari Unit K-9 Sungai Petani serta K-19 dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut digunakan di sekitar kawasan pencarian.

“Operasi sedang berjalan, malah kita turut menggunaka­n dron untuk membantu mengesan kedudukan mangsa,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi (PKB) Titi Hayun di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Shahnaz berkata, laluan ke Gunung Jerai ditutup dan pihaknya menunggu Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk laporan struktur semula.

Setakat ini, empat terkorban dalam kejadian banjir lumpur dan kepala air di Gunung Jerai, Titi Hayun dan Salak Denai.

 ??  ??
 ??  ?? Keadaan Chalet Terrabait D'yan yang rosak akibat banjir kilat yang melanda daerah Merbok dan Yan tiga hari lalu.
Keadaan Chalet Terrabait D'yan yang rosak akibat banjir kilat yang melanda daerah Merbok dan Yan tiga hari lalu.
 ?? (Foto Zuliaty Zulkiffli/bh) ?? Pasukan penyelamat melakukan pencarian di lokasi pencarian di Titi Hayun, Yan.
(Foto Zuliaty Zulkiffli/bh) Pasukan penyelamat melakukan pencarian di lokasi pencarian di Titi Hayun, Yan.
 ??  ?? Penduduk membantu membersihk­an kesan lumpur di pekan Yan, semalam.
Penduduk membantu membersihk­an kesan lumpur di pekan Yan, semalam.
 ??  ??
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Muhammad Sanusi melawat rumah penduduk yang terjejas akibat banjir di sekitar Jambatan Tupah.
(Foto BERNAMA) Muhammad Sanusi melawat rumah penduduk yang terjejas akibat banjir di sekitar Jambatan Tupah.
 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir/bh) ?? Kawasan sekitar Masjid Jamek Badlishah di Yan dipenuhi lumpur akibat fenomena kepala air.
(Foto Luqman Hakim Zubir/bh) Kawasan sekitar Masjid Jamek Badlishah di Yan dipenuhi lumpur akibat fenomena kepala air.
 ?? (Foto ihsan KASA) ?? Zaini (tengah) ketika melawat kawasan yang terjejas di sekitar Tupah, Yan dan Titi Hayun, Kedah semalam.
(Foto ihsan KASA) Zaini (tengah) ketika melawat kawasan yang terjejas di sekitar Tupah, Yan dan Titi Hayun, Kedah semalam.
 ?? (Foto ihsan KASA) ?? Kakitangan SPAN membaiki kerosakan di premis Headwork Tupah dan loji Headwork Gurun bagi memulihkan bekalan air bersih.
(Foto ihsan KASA) Kakitangan SPAN membaiki kerosakan di premis Headwork Tupah dan loji Headwork Gurun bagi memulihkan bekalan air bersih.
 ??  ?? Penduduk membersihk­an lumpur di rumahnya yang terjejas akibat fenomena kepala air
Penduduk membersihk­an lumpur di rumahnya yang terjejas akibat fenomena kepala air

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia