Berita Harian

Penguat kuasa KPDNHEP menyamar pantau pematuhan SOP premis perniagaan

Penguat kuasa KPDNHEP berpakaian preman tumpu kawasan panas

- bhnews@bh.com.my Oleh Zuhainy Zulkiffli

Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan Ops Samar bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) premis perniagaan.

Ketua Setiausaha­nya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, berkata penguat kuasa akan berpakaian preman bagi memantau 22 subsektor perdaganga­n dan pengedaran yang dibenarkan beroperasi menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, kira-kira 2,000 pegawai dan anggota penguat kuasa akan menyemak Mysejahter­a pelanggan, selain memastikan hanya pelanggan yang sudah lengkap dua dos vaksin boleh makan di dalam restoran.

“Tumpuan akan diberikan di kawasan panas yang menyediaka­n kemudahan makan di dalam atau premis yang memerlukan peniaga dengan pelanggan berada pada jarak dekat, seperti kedai gunting rambut atau cermin mata.

“Kita minta supaya orang ramai mematuhi SOP kerana anda sedang diperhati oleh penguat kuasa,” katanya semalam.

Hasnol Zam Zam ditemui selepas meninjau Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RIVAC).

Yang turut hadir Pengarah KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd Ridzuan Ab Ghapar.

Hasnol Zam Zam berkata, RIVAC sudah dilaksanak­an di beberapa lokasi termasuk di luar Lembah Klang, iaitu di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Katanya, program itu akan diperluas di tiga negeri lagi iaitu Perak, Pahang dan Kedah sebagai usaha bagi mempercepa­t imuniti kelompok.

“Setakat ini, kita masih perhalusi kapasiti dan mengumpul majikan yang hendak menggunaka­n kemudahan itu.

“Perbincang­an lanjut dengan jawatankua­sa vaksinasi serta Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi akan dibuat berhubung cadangan pelaksanaa­n program ini di tempat lain,” katanya.

Hasnol Zam Zam berkata, sejak pelaksanaa­n penguatkua­saan yang dijalankan KPDNHEP bermula 13 Mei tahun lalu hingga Khamis lalu, sebanyak 839 kompaun berjumlah RM4.45 juta ke atas mereka yang gagal mematuhi SOP.

Katanya, pematuhan dalam sektor perdaganga­n dan pengedaran sudah mencapai tahap memuaskan dengan 98.73 peratus.

 ??  ??
 ?? (Foto Mikail ONG/BH) ?? Hasnol Zam Zam (dua dari kanan) meninjau Program Vaksinasi Industri Peruncitan di Georgetown, semalam.
(Foto Mikail ONG/BH) Hasnol Zam Zam (dua dari kanan) meninjau Program Vaksinasi Industri Peruncitan di Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia