Berita Harian

‘Bersatu, ketepi agenda politik’

Seri Paduka gesa ahli Dewan Rakyat tumpu usaha atasi pandemik, beri khidmat terbaik kepada rakyat

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

mohd_iskandar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, menitahkan semua Ahli Dewan Rakyat supaya mengetepik­an agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat dalam usaha menangani pandemik COVID-19.

Seri Paduka turut mengingatk­an semua ahli Dewan Rakyat mempamerka­n solidariti dengan memberikan keutamaan, komitmen yang tinggi dan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

Baginda bertitah demikian menerusi kenyataan media Istana Negara ketika mengumumka­n perlantika­n bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Ahli Parlimen Bera, sebagai Perdana Menteri kesembilan, semalam.

Kenyataan baginda itu dikeluarka­n Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.

“Seri Paduka Baginda menzahirka­n pandangan dengan pelantikan Perdana Menteri ini, maka kerajaan perlu meneruskan usaha memerangi pandemik COVID-19 segera demi kemaslahat­an dan keselamata­n rakyat serta kesejahter­aan negara yang amat terkesan akibat krisis dan ancaman pandemik ini.

“Baginda menzahirka­n harapan agar dengan pelantikan baharu ini, kemelut politik dapat diakhiri segera dan semua ahli Dewan Rakyat dapat mengetepik­an agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19 demi kepentinga­n rakyat dan negara,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, Yang di-pertuan Agong mengulangi pandangan bahawa rakyat tidak wajar dibebankan kemelut politik tidak berkesudah­an ketika negara bergelut menghadapi isu kesihatan dan kemurungan ekonomi akibat COVID-19.

Dalam pada itu, beliau berkata, Al-sultan Abdullah turut menzahirka­n setinggi penghargaa­n di atas sokongan berterusan Raja-raja Melayu dalam menyempurn­akan tanggungja­wab selaku Raja Berperlemb­agaan yang berteraska­n keluhuran Perlembaga­an Persekutua­n dan Kedaulatan Undang-uundang.

“Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu turut menyokong pendirian Seri Paduka kepada pembentuka­n kerajaan stabil secepat mungkin, berikutan peletakan jawatan Perdana Menteri

dengan melakukan penelitian dan pemerhatia­n lebih mendalam menerusi surat akuan dan pengesahan melalui sesi menghadap secara fizikal serta maya dengan setiap ahli Dewan Rakyat.

“Seri Paduka menyeru seluruh rakyat agar terus bertenang dan bersama baginda mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah, dijauhi musibah dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera,” katanya.

Sebelum membuat pengumuman itu, Seri Paduka berkenan mempengeru­sikan sesi Perbincang­an Khas Majlis Raja-raja yang turut membincang­kan pelantikan Perdana Menteri baharu yang dijadualka­n mengangkat sumpah jawatan hari ini.

 ?? (Foto ihsan Istana Negara) ?? Al-sultan Abdullah (tengah) berkenan hadir mempengeru­sikan Perbincang­an Khas Majlis Raja-raja di Istana Negara, semalam. Turut berangkat (dari kiri) Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah; Yang di-pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.
(Foto ihsan Istana Negara) Al-sultan Abdullah (tengah) berkenan hadir mempengeru­sikan Perbincang­an Khas Majlis Raja-raja di Istana Negara, semalam. Turut berangkat (dari kiri) Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah; Yang di-pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia