Berita Harian

Pelantikan Ismail Sabri bolehkan PPN diteruskan

Ahli Parlimen Bera antara individu penting kemas kini SOP putuskan rantaian COVID-19

-

Kuala Lumpur: Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan akan membolehka­n Pelan Pemulihan Negara (PPN) diteruskan kembali termasuk dalam usaha memerangi COVID-19 dan program pemberian vaksin.

Ahli Parlimen Bera itu yang sebelum ini berada dalam kerajaan terdahulu adalah antara individu penting yang dipertangg­ungjawabka­n bagi menyusun atur dan mengemas kini prosedur operasi standard (SOP), selain langkah perlu untuk memastikan virus COVID-19 dapat diputuskan rantaianny­a.

Meskipun pengumuman beliau khusus membabitka­n perkembang­an terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan aspek keselamata­n negara menerusi ‘Op Benteng’ ada kala tidak digemari rakyat, namun sebagai Menteri Kanan Keselamata­n dan Menteri Pertahanan, beliau harus mengambil pendekatan tertentu demi kemaslahat­an rakyat.

Sepanjang menjawat jawatan menteri kanan, Ismail Sabri, 61, kerap mengingatk­an rakyat mengenai kepentinga­n pematuhan SOP bagi membendung penularan COVID-19 yang boleh membawa maut.

Rintihan pengusaha perniagaan kecil sederhana (PKS) dan pasangan jarak jauh yang terkesan akibat pelaksanaa­n PKP, turut sentiasa menjadi antara tumpuan Naib Presiden UMNO itu.

Sebaik dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 7 Julai lalu, Ismail Sabri yang juga tokoh politik mudah didekati dan mesra rakyat, turut mengambil penekanan terhadap pematuhan SOP dalam sektor perkilanga­n, yang menurutnya antara penyumbang kluster tempat kerja.

Sebagai Menteri Pertahanan, beliau menggunaka­n kapasitiny­a itu untuk mewujudkan lebih banyak Hospital Medan bagi membantu mengurangk­an bebanan Kementeria­n Kesihatan (KKM) dalam memberi rawatan kepada pesakit COVID-19.

Malah, ketika rakyat nyenyak dibuai mimpi, Ismail Sabri kerap turun padang menyantuni petugas barisan hadapan yang bertugas di sekatan jalan raya bagi bertanyaka­n khabar dan menyuntik semangat petugas.

Mengenai program vaksinasi, bapa kepada empat anak itu juga amat menekankan soal pengambila­n vaksin dalam kalangan rakyat dan acap kali turun melawat beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) bagi menggalakk­an rakyat terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarka­n pada 24 Februari lalu.

Sebagai Ahli Parlimen, aktiviti turun padang menyantuni masyarakat termasuk keluarga susah dan mereka yang kehilangan pendapatan serta pekerjaan akibat pandemik COVID-19, turut menjadi tumpuannya.

BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan selepas diperkenan­kan Yang di-pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.
(Foto BERNAMA) Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri Kesembilan selepas diperkenan­kan Yang di-pertuan Agong Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.
 ?? (Foto BERNAMA) ?? Ismail Sabri keluar dari kediaman beliau di Jalan Tropicana Utama, malam tadi.
(Foto BERNAMA) Ismail Sabri keluar dari kediaman beliau di Jalan Tropicana Utama, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia