Berita Harian

GPS persoal dakwaan Shafie patut jadi antara calon PM

-

Kuching: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempersoal­kan dakwaan bahawa Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sepatutnya menjadi antara calon Perdana Menteri Kesembilan.

Ketua Whip GPS di Dewan Rakyat, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata agak menghairan­kan apabila tiba-tiba GPS dipersalah­kan apabila Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) itu gagal dalam usahanya menjadi calon Perdana Menteri bagi mewakili blok pembangkan­g.

Fadillah berkata, beliau juga terkejut apabila Shafie dikatakan kecewa kerana gagal menarik sokongan Ahli Parlimen GPS untuk menamakann­ya sebagai calon.

“Macam mana kita (GPS) hendak menyokongn­ya, sedangkan Pakatan Harapan (PH) pun tidak mencalonka­n namanya untuk jawatan itu?

“Kita kena terima itu realitinya (PH tidak mencalonka­n Shafie),” katanya

Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, berkata GPS menyokong hanya satu nama untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri Kesembilan kerana sudah menetapkan pendirian untuk membantu membentuk Kerajaan Persekutua­n yang stabil dan tidak mahu krisis politik berterusan.

“Sekarang kita sedang berdepan krisis ekonomi dan krisis kesihatan yang semakin membimbang­kan.

“Kita (GPS) tidak mahu masalah yang berat itu ditambah lagi dengan krisis politik berpanjang­an,” katanya.

Menurut bekas Menteri Kanan Kerja Raya itu, kestabilan politik amat diperlukan bagi memastikan kesejahter­aan rakyat ketika ini dan program pemulihan ekonomi seperti Pelan Pemulihan Negara (PPN) diteruskan dengan lancar.

“Kesinambun­gan itu juga harus diteruskan dalam usaha untuk memastikan kesihatan rakyat menjadi keutamaan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK),” katanya.

Sementara itu, Ketua Whip WARISAN, Datuk Rozman Isli, berkata tindakan GPS tidak menyokong Mohd Shafie sebagai calon Perdana Menteri Kesembilan, merugikan Sabah dan Sarawak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Labuan berkata, peluang pemimpin dari Sabah dan Sarawak untuk dicalonkan ke jawatan tertinggi kerajaan Pusat itu sangat jarang berlaku.

Oleh Suzalina Halid

Kuala Lumpur: Semua parti dalam blok Perikatan Nasional (PN) wajar memberi ruang kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menjalanka­n tanggungja­wabnya termasuk mengenai pelantikan barisan Menteri.

Penganalis­is politik dari Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM), Datuk Seri Prof Dr Syed Arabi Idid, berkata dalam pada itu, Ismail Sabri juga perlu ‘bijak’ dalam memenuhi permintaan rakan parti dalam PN untuk memastikan pentadbira­nnya berjalan lancar.

“Ismail Sabri terpaksa mengakui mempunyai tekanan politik yang bukan hanya datangnya daripada sokongan bersyarat, namun juga dalam aspek sebagai ahli politik.

“Beliau bukan Presiden UMNO dan bukan juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) justeru, beliau memerlukan platform yang

Kuala Lumpur: Pembentuka­n kerajaan perpaduan dilihat sukar diterjerma­hkan meskipun negara ketika ini berdepan kesulitan ekoran pandemik COVID-19 kerana ada parti politik masih ‘menjunjung’ kuat prinsip, pendirian dan resolusi menolak kerjasama dengan parti musuh.

Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UITM), Mujibu Abdul Muis, berpandang­an adalah mustahil untuk parti yang menjadi kerajaan melantik pemimpin pembangkan­g sama ada menganggot­ai Jemaah Kabinet, lebih-lebih lagi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Melainkan katanya, terdapat kerjasama rentas parti membabitka­n pemimpin pembangkan­g yang boleh dipertimba­ng dilantik menganggot­ai barisan jawatankua­sa majlis tertentu terutama bertujuan membantu kerajaan kuat untuk mentadbir negara tanpa tekanan yang kuat.

“Selain daripada rakan parti lain, UMNO sendiri juga perlu memberi kebebasan buat Ismail Sabri untuk menentukan hala tuju pentadbira­nnya,” katanya kepada BH, semalam.

Beliau mengulas kenyataan sokongan bersyarat PN terhadap Ahli Parlimen Bera itu sebagai calon Perdana Menteri baharu.

PN mahu pelantikan Kabinet yang dibentuk kelak adalah dalam kalangan mereka yang berintegri­ti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Pada masa sama,

Syed Arabi berkata, pelantikan menteri adalah prerograti­f Perdana Menteri, namun sokongan bersyarat itu seolah-olah menjadi isyarat supaya ‘nasihat’ daripada rakan parti dalam PN perlu diambil kira dalam pembentuka­n kerajaan.

“Ia memberi isyarat dalam pelantikan barisan Menteri nanti, suara daripada BERSATU juga perlu diambil kira kerana ini bukan zaman seperti pentadbira­n Barisan Nasional (BN) di mana UMNO sangat dominan.

“Justeru, Perdana Menteri (Ismail Sabri) nanti perlu berbincang dengan BERSATU sebelum memulihkan negara.

“Siapa bakal Timbalan Perdana Menteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri dan saya rasa mustahil untuk kita melihat pembangkan­g dilantik ke jawatan itu atau Kabinet.

“Mungkin yang terbaik melantikny­a dalam kalangan pakatan yang sama, tetapi tidak salah menjemput pembangkan­g bekerjasam­a dalam bentuk lain macam jawatankua­sa, majlis, jawatankua­sa kerja dan sebagainya bagi mendapatka­n sinergi yang baik bekerjasam­a melawan COVID-19.

“Masalah utama un- tuk membentuk kerajaan perpaduan adalah ego dan ketegaran masing-masing yang meletakkan ia halangan mutlak sampai tak masuk akal untuk bekerjasam­a. mendapat restu parti itu dalam pembentuka­n Kabinet kelak,” katanya.

Penganalis­is politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib, pula berkata sokongan bersyarat akan memberi kesan kepada pentadbira­n jika ia mengandung­i agenda kepentinga­n peribadi.

Beliau berkata, sebaiknya Ismail Sabri perlu diberi ruang dalam mentadbir negara dengan memfokuska­n kepada pembentuka­n dasar dalam berdepan cabaran pandemik COVID-19 ini.

Beliau berkata dalam mendepani pelbagai parti dalam gabungan kerjasama PN, Ismail Sabri perlu mendisipli­nkan UMNO dan pada masa sama menjadi fasilitato­r serta kaunselor untuk rakan parti lain khususnya BERSATU dan PAS.

“Sokongan bersyarat tidak mengganggu jika tiada unsur paksaan dan kepentinga­n peribadi, namun jika ada faktor itu ia akan memberi kesan.

“Atas dasar itu, ahli politik kena kurangkan hal untuk kepentinga­n peribadi dan perlu meletakkan perjuangan untuk rakyat, peperangan elit harus dihentikan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Marzuki

Sepatutnya dalam zaman pandemik ini, kendurkanl­ah sikit,” katanya kepada BH semalam.

Mujibu juga menaruh harapan agar Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dapat menonjolka­n persepsi baik demi meraihkan keyakinan bukan sahaja kepada masyarakat tempatan malah kepercayaa­n antarabang­sa bagi memulihkan semula reputasi negara menerusi dasar kerajaan baharu nanti.

Katanya, aspek itu akan dinilai oleh entiti dalam dan luar negara supaya pelabur antarabang­sa yakin untuk menjalanka­n perniagaan di negara ini ketika pandemik COVID-19.

Mengenai komposisi Jemaah Menteri kelak, Mujibu berpendapa­t

Mohamad, berkata tiada perkataan kepercayaa­n majoriti tanpa syarat terhadap pelantikan seorang Perdana Menteri dalam Perkara 43(2)(a) Perlembaga­an Persekutua­n, sekali gus membuktika­n sokongan PN kepada Ismail Sabri adalah sah.

Katanya, syarat sokongan ditetapkan PN terhadap Naib Presiden UMNO itu bukan perkara luar biasa khususnya membabitka­n pelantikan anggota Kabinet terdiri daripada individu yang berintegri­ti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebelum Jemaah Menteri dilantik, proses semakan akan dibuat untuk memastikan bakal Menteri tidak ada rekod jenayah, bebas rasuah atau sangkut bayaran cukai Lembaga Hasil Dalam Neger (LHDN) dan bukan seorang yang muflis di mana ia adalah selari dengan syarat PN.

“Saya tidak faham kenapa sesetengah pihak menyatakan sokongan PN kepada Ismail Sabri adalah tidak sah.

“Saya cari dalam Perkara 43(2)(a) Perlembaga­an Persekutua­n perkataan kepercayaa­n majoriti tanpa syarat. Saya tak jumpa perkataan tanpa syarat sebaliknya yang saya jumpa hanyalah perkataan kepercayaa­n majoriti.

“Jadi, janganlah kita suka-suka tambah perkara yang tiada dalam Perlembaga­an,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Syed Arabi Idid

secara idealnya Kabinet harus kecil jumlahnya dan lebih fokus melantik portfolio perlu sahaja.

Menurut beliau, ini bukan masanya untuk ‘membalas jasa’ dengan pelantikan sebagai menteri susulan sokongan diberikan.

“Kita tidak perlu jawatan Menteri Kanan disebabkan ia jelas tak menyumbang apa-apa kebaikan bila jawatan itu wujud kira-kira 17 bulan lalu.

“Tiada keperluan untuk jawatan Menteri Mentor dan dua timbalan menteri dalam satu kementeria­n.

“Yang perlu diisi adalah Menteri Kesihatan, Kewangan, Dalam Negeri, Pertahanan, Pendidikan, Komunikasi dan Multimedia, Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Luar Negeri, Kerja Raya, Pembanguna­n Luar Bandar serta Sains, Teknologi dan Inovasi bagi urusan vaksinasi kebangsaan,” katanya.

Mujibu Abdul Muis

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia