Berita Harian

Peningkata­n kes di negeri Fasa Tiga PPN membimbang­kan

-

Putrajaya: Peningkata­n kes di beberapa negeri termasuk yang sudah memasuki Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) menunjukka­n penularan kes COVID-19 membimbang­kan sejak akhir-akhir ini.

Data Kementeria­n Kesihatan (KKM) untuk kes harian tengah hari semalam menunjukka­n sembilan negeri dan wilayah mencatatka­n kes empat angka, yang didahului Selangor dengan 6,974 kes.

Pada masa sama, Sabah dan Sarawak masing-masing mencatatka­n 2,738 kes dan 2,548 kes jangkitan baharu setakat tengah hari semalam.

Biarpun kes di Perlis tidak mencecah tiga angka, sejak beberapa hari ini nilai kadar kebolehjan­gkitan (Rt) di negeri itu melebihi nilai Rt kebangsaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri DSR Noor Hisham Abdullah, berkata pergerakan rentas sempadan negeri mungkin menjadi punca kepada peningkata­n kes di negeri seperti Perlis yang sudah memasuki Fasa Tiga PPN.

Beliau berkata, Perlis sebelum ini berstatus negeri hijau namun pergerakan rentas sempadan dan kelonggara­n untuk makan di luar dilihat punca kepada peningkata­n kes di negeri itu.

Selain itu, beliau berkata, peningkata­n kes di beberapa negeri juga mungkin ekoran penularan varian Delta yang lebih mudah berjangkit.

“Apabila ada perhimpuna­n dan pergerakan, maka ada peluang untuk varian Delta berjangkit dalam masyarakat,” katanya ketika dihubungi.

Ketua Pengarah Kesihatan

Selain Sabah dan Sarawak yang merekodkan kes melebihi 2,000 semalam, wilayah dan negeri lain yang juga mencatatka­n kes empat angka adalah Kedah (1,932); Kuala Lumpur (1,652); Pulau Pinang (1,523); Johor

(1,323); Kelantan (1,281) dan Perak (1,248).

Kes positif baharu turut dilaporkan di Melaka dengan 610 kes; Negeri Sembilan (608); Terengganu (521); Pahang (517); Perlis (64); Putrajaya (24) dan satu kes di Labuan.

Berikutan itu, Dr Noor Hisham menasihati kerajaan di negeri yang kini berada dalam Fasa Tiga PPN untuk mematuhi semua langkah berjagajag­a kesihatan awam serta meningkata­n proses pemberian vaksin.

“Jika tidak, jangkitan akan terus menular dalam komuniti terutama dengan kehadiran varian Delta. Kita tidak boleh bersikap lalai dan lepa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia