Berita Harian

Kes baharu lebih 20,000 tiga hari berturut-turut

-

Malaysia mencatatka­n kes tertinggi untuk tiga hari berturut-turut apabila sebanyak 23,564 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari semalam.

Kelmarin, 22,948 kes direkodkan, manakala pada Rabu lalu sebanyak 22,242 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga kini kes jangkitan COVID-19 negara sudah mencecah 1,513,024 kes.

Beliau berkata, Kementeria­n Kesihatan (KKM) turut melaporkan 21,448 kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 semalam, menjadikan 1,241,894 pesakit sudah pulih sejak Januari tahun lalu, manakala kes aktif kini 257,417 kes.

“Daripada 23,564 kes direkodkan hari ini (semalam), sebanyak 23,541 adalah jangkitan tempatan iaitu 19,714 warganegar­a dan 3,827 bukan warganegar­a manakala 23 lagi adalah kes import, membabitka­n 12 warganegar­a dan 11 bukan warganegar­a.

“KKM juga melaporkan 1,062 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 518 pesakit memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, 233 kes kematian baharu dilaporkan membabitka­n 199 warganegar­a dan 34 rakyat asing menjadikan jumlah keseluruha­n kematian akibat COVID-19 sebanyak 13,713 kes atau 0.91 peratus daripada kes dilaporkan setakat ini.

Beliau berkata, daripada jumlah kematian itu, 60 kes membabitka­n kematian di luar hospital (BID) dengan 44 rakyat negara ini dan 16 bukan warganegar­a.

“Sebanyak 233 kes kematian pada hari ini (semalam) membabitka­n 101 kes di Selangor; 31 kes di Kuala Lumpur; 23 kes di Johor; 17 kes di Sabah; 16 kes di Perak; 15 kes di Pulau Pinang; 11 kes di Negeri Sembilan; sembilan kes di Kedah; empat kes di Terengganu serta masing-masing tiga kes di Kelantan dan Pahang,” katanya.

Sementara itu, daripada 23,564 kes harian dilaporkan semalam, 431 kes (1.8 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala 23,133 kes (98.2 peratus) lagi daripada kategori 1 dan 2.

Katanya, secara keseluruha­n, 19,362 kes (82.2 peratus) daripada jumlah kes dilaporkan semalam tiada atau tidak lengkap vaksinasi.

KKM turut mengesan 38 kluster, iaitu 22 membabitka­n tempat kerja, 14 kluster komuniti dan dua kluster pendidikan.

Setakat ini, 4,386 kluster dikesan di negara ini, 2,964 kluster sudah ditamatkan dan 1,422 kluster masih aktif.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, berdasarka­n data terkini pada 19 Ogos 2021, nilai kadar kebolehjan­gkitan (RT) Malaysia adalah 1.04, manakala Perlis masih mencatatka­n nilai RT, iaitu nilai RT 1.31, diikuti oleh Sabah (nilai RT 1.22) dan Sarawak, 1.21.

Katanya, semua negeri mencatatka­n RT melebihi 1.0 kecuali Kuala Lumpur (nilai RT 0.95); Putrajaya (nilai RT 0.89); Labuan (nilai RT 0) dan Negeri Sembilan, 0.94.

 ?? (Foto Farizul Hafiz Awang/bh) ?? Proses ujian saringan pandu lalu di Terminal Sentral Kuantan (TSK), Kuantan.
(Foto Farizul Hafiz Awang/bh) Proses ujian saringan pandu lalu di Terminal Sentral Kuantan (TSK), Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia