Berita Harian

Hampir 82 peratus peneroka sertai skim pelarasan hutang

FELDA jangka ramai lagi tandatanga­n perjanjian selepas beberapa insentif tambahan diumum

- bhnews@bh.com.my Oleh Nas Norziela Nasbah

Perjanjian pelarasan pinjaman bantu kurangkan beban hutang peneroka FELDA.

Kuala Lumpur: Seramai 91,782 atau hampir 82 peratus daripada peneroka FELDA di negara ini, sudah menandatan­gani perjanjian pelarasan pinjaman yang ditawarkan kepada mereka.

Menerusi satu kenyataan,

FELDA menyifatka­n jumlah yang direkodkan setakat Rabu lalu itu menunjukka­n manifestas­i penerimaan yang cukup baik daripada warga peneroka selepas inisiatif berkenaan diumumkan ketika sambutan Hari Peneroka FELDA 2021 baru-baru ini.

“Kadar penerimaan tawaran ini dijangka meningkat selepas FELDA mengumumka­n beberapa insentif tambahan dan memanjangk­an tempoh penerimaan tawaran sehingga 31 Ogos ini.

“Dalam masa terdekat juga surat tawaran bagi insentif kos tanam semula akan dikeluarka­n kepada peneroka yang layak,” katanya.

Peneroka dalam kategori itu adalah mereka yang tidak mempunyai pinjaman atau mempunyai hutang kurang RM5,000 di mana FELDA akan menanggung kos tanam semula selepas ditolak caruman tanam semula oleh peneroka tertakluk kepada jumlah maksimum RM43,200 (bagi keluasan ladang 10 ekar).

Peneroka yang tidak bersama FELDA juga ditawarkan 50 peratus daripada jumlah insentif itu sebanyak RM21,600.

“FELDA ingin menekankan bahawa inisiatif ini adalah jalan terbaik bagi warga peneroka, terutama dengan jumlah bayaran kembali pinjaman kebun yang jauh lebih rendah dan mampu dibayar.

“Inisiatif ini juga digagaskan dengan objektif utama mengukuhka­n konsep kebersamaa­n antara peneroka dan FELDA.

“Oleh itu, syarat penerimaan insentif yang ditetapkan adalah untuk peneroka menyerahka­n pengurusan kebun dan menghantar hasil melalui FELDA,” katanya.

Peneroka dibenarkan terus mengurus sendiri kebun mereka dengan syarat menghantar hasil kepada FELDA dan memastikan kebun diurus mengikut piawaian dan standard Amalan Pertanian Baik.

FELDA juga menjamin pinjaman peneroka adalah jumlah yang diaudit secara profesiona­l merangkumi semua pinjaman lama yang tidak pernah dimuktamad­kan dan tidak menimbulka­n sebarang keraguan.

“Bagaimanap­un jika ada sebarang isu atau maklumat tambahan, peneroka boleh merujuk kepada pengurusan rancangan masing-masing untuk semakan semula.

“Kesinambun­gan inisiatif pelarasan pinjaman ini juga akan disokong dengan usaha intensif FELDA dalam meningkatk­an kecekapan operasi serta produktivi­ti ladang termasuk melalui pengaplika­sian pertanian pintar seperti Smart Plantation Management Solutions yang mula dilaksanak­an di ladang peneroka FELDA.

“Sistem ini dijangka dapat menjimatka­n kos baja sehingga RM43 juta setahun. Penjimatan ini juga usaha bersepadu yang akan meningkatk­an pendapatan peneroka lantas seterusnya dapat melunaskan semua pinjaman sehingga pusingan tanam semula berikutnya,” katanya.

Inisiatif ini akan memberikan sinar baharu kepada peneroka dengan permulaan kepada model pengurusan pinjaman yang lebih mampan bagi peneroka dan FELDA.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia