Berita Harian

Pengasas Rumah Bonda dituduh abai budak OKU

Mahkamah tetapkan sebutan semula kes 4 Oktober

- farahmarsh­ita@bh.com.my Oleh Farah Marshita Abdul Patah

Kuala Lumpur: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas tuduhan mengabaika­n seorang kanak-kanak perempuan sindrom down berusia 13 tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Siti Bainun, 29, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, Siti Bainun didakwa sebagai orang yang dipertangg­ungjawabka­n untuk menjaga seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun, mengabaika­n mangsa sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Irama Wangsa Kondominiu­m, Seksyen

10, Wangsa Maju, di sini antara Februari hingga Jun 2021.

Pendakwaan terhadapny­a dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau keduaduany­a jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Noor Shakira Aliana Alias, menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh kerana membabitka­n kes berkepenti­ngan awam dan mendapat perhatian media.

“Tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, selain syarat tambahan perlu menyerahka­n pasport serta melaporkan diri di balai polis berhampira­n.

“Mangsa dalam kes ini adalah orang kurang upaya (OKU) sindrom down, selain tertuduh terbabit dalam kegiatan politik,” katanya.

Bagaimanap­un, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor, memohon jaminan rendah dengan alasan sudah beri kerjasama kepada polis, selain berjanji tidak akan gagal hadir ke mahkamah sepanjang prosiding kes kerana mahu membersihk­an namanya.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dipohon pendakwaan dan menetapkan 4 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

“Semua syarat ditetapkan perlu dipatuhi oleh tertuduh kerana membabitka­n mangsa kanak-kanak,” katanya.

Pada pertengaha­n Julai lalu, media melaporkan seorang wanita yang juga pengasas Rumah Bonda ditahan polis selepas hadir di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes penderaan seorang remaja OKU.

Polis juga memohon supaya wanita itu ditahan reman bagi membantu siasatan kes itu. Bagaimanap­un Mahkamah Majistret menolak permohonan itu berikutan ia dilakukan melebihi tempoh 24 jam dari wanita itu ditahan.

Remaja sindrom down berusia 13 tahun dikenali dengan nama Bella dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota.

Sehubungan itu, rumah kebajikan itu turut disita melalui perintah mahkamah yang dikeluarka­n pada 5 Julai lalu.

 ??  ?? Siti Bainun Ahd Razali
Siti Bainun Ahd Razali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia