Berita Harian

2 anggota Abu Sayyaf mahu culik pemilik ladang mati ditembak

- Oleh Juwan Riduan

Rancangan dapat wang tebusan gagal setelah dibocorkan seorang ahli ketika ditahan bhnews@bh.com.my

Sandakan: Dua anggota Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) yang ditembak mati pihak berkuasa di sebuah ladang sawit di Pulau Timbang kira-kira enam kilometer dari sini, pagi semalam dipercayai merancang menculik pemilik ladang untuk dapatkan wang tebusan.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata rancangan mereka itu digagalkan apabila ia didedahkan oleh seorang ketua kumpulan kecil Kumpulan Abu Sayyaf, Sansibar Bencio yang ditahan di Taman Sri Arjuna, Beaufort pada Mei lalu ketika siasatan dilakukan.

“Operasi ini dilancarka­n selepas Bencio mendedahka­n dia telah mengarahka­n dua anggota yang ditembak itu untuk menculik dua pemilik ladang kelapa sawit berketurun­an Cina yang tinggal di Sandakan dan Sukau (Kinabatang­an) untuk mendapatka­n wang tebusan.

“Tindakan itu bagi memberi dana kepada kumpulan di markas timur Sulu di Kompleks Bud

Bawis, Panamao, Sulu, Selatan Filipina,” katanya pada sidang media, semalam.

Hazani berkata, dua anggota militan yang maut itu dikenali sebagai Rakim Landasan dan Alnasir Landasan berumur antara 30 dan 40 tahun, ditembak mati jam 5 pagi selepas berbalas tembakan dengan pasukan keselamata­n di ladang berkenaan.

Sepucuk pistol A Colt .45, yang biasa digunakan di Filipina dan sebilah parang ditemui bersama pengganas yang maut itu.

Operasi itu adalah susulan serbuan di ladang terbabit dua hari sebelumnya (18 Ogos) yang membawa tangkapan 11 lelaki, tujuh daripadany­a disahkan oleh pihak berkuasa Filipina sebagai anggota Kumpulan Abu Sayyaf.

“Dalam serbuan itu, dipercayai beberapa lelaki telah melarikan diri dan usaha mengesan mereka disambung keesokanny­a (19 Ogos),” katanya sambil menambah operasi itu dijalankan dengan bantuan antaranya pihak Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Angkatan Tentera Malaysia.

Tanpa mendedahka­n maklumat lebih lanjut, beliau berkata, polis mempunyai maklumat risikan mengenai lokasi saki-baki anggota yang mungkin bersembuny­i di negeri ini yang menurut kumpulan itu, mereka percaya Sabah adalah safe haven (tempat perlindung­an yang selamat) daripada dikesan pihak berkuasa.

“Saya menegaskan bahawa Sabah bukan safe haven untuk ASG. Saya mahu buang persepsi itu. Kami (polis) tidak akan berhenti mengesan mereka,” katanya.

Hazani turut mengingatk­an majikan termasuk pemilik ladang kelapa sawit dan pengurus pembinaan, pastikan pekerja mereka mempunyai dokumen sah bagi elakkan mengambil pengganas sebagai pekerja.

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Polis Antarabang­sa (INTERPOL) untuk mengesan penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Alnuri Kamaruzama­n.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superinten­dan Ashari

Abu Samah, berkata tindakan itu diambil selepas polis gagal mendapat maklum balas daripada keduaduany­a berhubung tarikh untuk merakam percakapan mereka.

Ashari berkata, kedua-dua individu itu perlu dirakam percakapan bagi melengkapk­an siasatan polis berhubung satu laporan yang dibuat oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pada 21 Julai lalu.

“Kita sudah ‘chat’ (berbual) dengan mereka namun tidak dibalas, maka kita minta bantuan pihak INTERPOL untuk mengesan dan berhubung dengan mereka.

Caprice

Hazani menunjukka­n dua ahli kumpulan Abu Sayyaf yang ditembak mati di Pulau Timbang, semalam.

“Ini kerana kita belum menerima tarikh dan masa sesuai daripada mereka untuk diambil keterangan secara dalam talian.

“Kita menunggu laporan daripada INTERPOL untuk sebarang perkembang­an mengenai perkara itu,” katanya. Ashari berkata, pihaknya berharap Caprice dan Muhammad Nadir memberi maklum balas secepat mungkin dan kerjasama sewajarnya untuk dirakam percakapan dalam masa terdekat.

Pada 29 Julai lalu, Ashari dipetik sebagai berkata, pihaknya dalam proses merakam percakapan dua individu terbabit susulan laporan dibuat Ebit Lew mendakwa difitnah beberapa individu berkaitan misi kemanusiaa­n di Semenanjun­g Gaza, Palestin, baru-baru ini menerusi media sosial.

Kes disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 ?? (Foto BERNAMA) ??
(Foto BERNAMA)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia