Berita Harian

LEBIH SEGAR, BERSIH DENGAN HIDROPONIK

PENANAMAN secara hidroponik adalah satu kaedah menanam tanpa menggunaka­n tanah.

-

Hidroponik berasal daripada perkataan Greek, hydro iaitu air dan ponos yang bermaksud bekerja.

Ia antara kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa menggunaka­n tanah.

Selain sayur-sayuran jenis berdaun dan sayur jenis buah, pokok bunga juga boleh ditanam secara hidroponik.

Kaedah berkenaan memerlukan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air.

Kesuburan pokok dan hasil yang berkualiti bergantung kepada baja digunakan, benih yang elok dan cahaya matahari secukupnya.

Ia antara kaedah menanam paling senang, murah dan dilaksanak­an tanpa memerlukan kawasan yang luas.

Apatah lagi sayur-sayuran yang ditanam lebih segar dan bersih.

Ada yang boleh dimakan segar kerana kurang penggunaan racun. Kaedah penyediaan dan

peralatan yang diperlukan:

Takungan hidroponik

Takungan hidroponik seharusnya tidak telus cahaya, serap panas dan berkarat. Dicadangka­n takung plastik berukuran 15 sentimeter (sm) tinggi, 52sm panjang dan 26sm lebar.

Takung itu perlu dilengkapk­an dengan penutup polistiren­a berlubang serta bakul semaian.

Penutup takungan/ polisterin

Penutup takung diperlukan untuk melindungi larutan baja dari terkena sinaran matahari dan kemasukan air hujan yang mencairkan larutan baja. Bahan yang sesuai sebagai penutup adalah kertas tebal, plastik atau polistiren­a. Penutup hendaklah mempunyai lubang yang dibuat khas untuk meletakkan bakul semaian. Jarak lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.

Bakul semaian

Plastik kecil yang berlubang diletak pada lubang di penutup takung.

Benang atau perca kain dari jenis yang boleh menyerap air boleh diletakkan dalam bakul semaian sebagai media percambaha­n biji benih. Juntaikan perca kain atau benang itu melalui lubang dinding bakul sumbu supaya dapat meresap larutan air baja.

Penyediaan larutan baja hidroponik

Gunakan baja hidroponik komersial dengan kadar yang disyorkan pada label.

Air paip atau tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja perlu lama tersimpan kerana ia bebas daripada klorin.

Air hujan juga boleh digunakan.

Menyemai

Semai sebanyak dua hingga empat biji benih ke dalam satu bakul semaian. Tinggalkan satu hingga dua pokok sebakul seminggu selepas benih bercambah. Elakkan benih daripada terendam dalam larutan.

Penjagaan

Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah yang terlindung dari hujan dan mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari.

Pastikan takungan terlindung dari air hujan.

Kawalan serangga atau penyakit boleh dibuat dengan membuang bahagian yang diserang.

Jika perlu semburkan dengan racun perosak tanaman. Elakkan semburan racun kimia sekurang-kurangnya satu minggu sebelum memungut hasil.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia